awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BookDoc, Pfizer lancar kempen digital 'Kesihatan Mental Untuk Semua'

Bernama
Bernama
11/08/2021
06:14 MYT
BookDoc, Pfizer lancar kempen digital 'Kesihatan Mental Untuk Semua'
Kempen digital itu bertujuan menyediakan sumber dan menggalakkan tingkah laku cari bantuan dan amalan penjagaan diri dalam kalangan rakyat Malaysia. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: BookDoc dan Pfizer Malaysia hari ini melancarkan kempen kesedaran awam 'Kesihatan Mental untuk Semua' bagi menangani masalah kesihatan mental di Malaysia.
BookDoc dalam kenyataan memaklumkan kempen digital itu bertujuan menyediakan sumber dan menggalakkan tingkah laku cari bantuan (help-seeking behaviors) dan amalan penjagaan diri, memanfaatkan kepakaran perubatan dan teknologi.
"Kempen ini akan mempamerkan sumber kesihatan mental dan panduan pengurusan menerusi platform digital BookDoc www.bookdoc.com/health-info/expert-column untuk mempromosikan celik kesihatan mental.
"Satu kuiz penilaian diri juga terdapat dalam aplikasi BookDoc yang menyediakan gambaran ringkas mengenai kesihatan mental seseorang dan memberi panduan kepada mereka untuk mendapatkan rawatan sewajarnya jika mengalami simptom kesihatan mental," menurut kenyataan itu.
Pengurus Negara Pfizer Malaysia dan Brunei Luksanwan Thangpaibool dalam kenyataan itu berkata tekanan hidup semasa wabak COVID-19 boleh menyebabkan atau memburukkan keadaan kesihatan mental sedia ada.
Justeru, katanya, syarikat itu berbesar hati bekerjasama dengan BookDoc untuk memastikan perkhidmatan penting ini lebih tersedia dan senang diakses bagi memenuhi keperluan rakyat Malaysia.
Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif BookDoc Datuk Chevy Beh berkata dengan pelancaran kempen ini, ia dapat membantu menangani keperluan kesihatan mental di tengah-tengah wabak dan memerangi stigma awam berkaitan dengan penyakit mental.
Selain itu, kenyataan itu menjelaskan orang ramai digalakkan mendapatkan bantuan profesional dengan cara memanfaatkan fungsi BookDoc seperti tele-consult untuk menghubungi pakar kesihatan mental menerusi live chat, atau dapatkan sokongan mental daripada sukarelawan terlatih.
"Mereka yang ingin membuat janji temu peribadi dengan pakar kesihatan mental yang berdekatan, boleh berbuat demikian dalam platform BookDoc.
"Selain kempen ini, Persatuan Kesihatan Mental Malaysia (MMHA) juga menyediakan subsidi kewangan kepada mereka yang mendapatkan perkhidmatan bantuan psikologi," menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pfizer
#BOOKDOC
#kesihatan mental
#kempen
#rakyat Malaysia
#Luksanwan Thangpaibool
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan