DREBAR
Boon Siew Honda perkenalkan EX5 Dream FI baharu

EX5 Dream FI ini adalah susulan daripada Dream 110 sebelum ini, dan direka khas untuk pasaran tempatan. Tambah baik yang diberi adalah berdasarkan kepada kehendak serta maklum balas pelanggan.
Menerusi penggunaan teknik kawalan elektronik, sistem pancitan bahan api (FI) membolehkan enjin hanya memerlukan nisbah udara-bahan api yang minimum. Hasilnya, ia mampu menawarkan prestasi yang mesra alam dan kualiti tunggangan lebih baik. Menerusi kombinasi enjin 110cc dan sistem FI pada EX5 Dream FI, model baharu ini mampu menawarkan kuasa, pecutan dan penjimatan bahan api yang lebih tinggi.
EX5 Dream FI yang boleh didapati dalam tiga warna iaitu merah metalik (Euphoria Red Metallic), biru metalik (Vital Blue Metallic) dan ungu metalik (Mariana Purple Metallic). Harga dibilik pameran (motosikal sahaja) adalah RM4299 (varian dengan kick starter) dan RM4529 (dengan self starter).


Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami