awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Boss Mario ditemui selamat di wad hospital, akui tertekan fikir bonus pekerja

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
04/02/2024
10:36 MYT
Boss Mario ditemui selamat di wad hospital, akui tertekan fikir bonus pekerja
Keadaan Mario (kanan) ketika ditemui di wad sebuah hospital swasta di Melaka Raya petang tadi. -Foto PDRM
MELAKA TENGAH: Pempengaruh ‘Boss Mario’ yang dilaporkan hilang selepas keretanya ditemui di Pantai Klebang sejak Jumaat lalu ditemui selamat di dalam wad sebuah hospital swasta di Melaka Raya, di sini, petang tadi.
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Boss Mario atau nama sebenarnya Yew Boon Xiang, 30, mengaku melarikan diri kerana tertekan.
Katanya, penemuan pempengaruh itu disedari abangnya Yew Boon Teck, 31, selepas mengesan adiknya membuat tempahan perkhidmatan e-hailing ke pusat perubatan itu hari ini.
“Pihak polis dimaklumkan oleh abangnya yang mana lelaki itu dapat kesan adiknya ada membuat tempahan ke sebuah hospital swasta dan selepas menghubungi pusat perubatan itu, pihak hospital mengesahkan adiknya dimasukkan ke wad.
“Siasatan kemudian mendapati pemuda itu menghilangkan diri dan tinggal di rumah kosong terbiar di Klebang sejak Jumaat lalu rentetan tertekan menguruskan dua kedai telefon bimbitnya kerana mahu beri bonus kepada 22 pekerjanya,” katanya dalam kenyataan di sini.
Mengulas lanjut, katanya, keadaan peniaga kedai telefon bimbit itu dilaporkan stabil dan hanya perlu dimasukkan air ke dalam badan selain tiada unsur jenayah.
“Setakat ini orang yang hilang ini tidak ada apa-apa kecederaan serius dan kita sahkan tiada unsur jenayah dalam kejadian ini,” tambahnya.
Media sebelum ini melaporkan kehilangan Mario di Pantai Klebang selepas keluar dari rumahnya di Semabok, kira-kira 3 pagi pagi Jumaat lalu.
Kereta jenis Honda City milik Mario ditemukan kira-kira pukul 6 petang hari sama diletakkan di kawasan Pantai Klebang dalam keadaan berkunci.

Bagi yang memerlukan perkhidmatan sokongan emosi, boleh menghubungi talian tertera:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392 Talian Kasih 15999 / WHATSAPP Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan) KSK-Care JAKIM di WHATSAPP 0111-9598214 Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
Topic Berkaitan
#tinggal di rumah
#wad hospital swasta
#Pantai Klebang
#Yew Boon Xiang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan