awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang

Bernama
Bernama
20/05/2023
23:46 MYT
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Saiz bot ambulans baharu ini lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter. - Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan kesihatan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang dipertingkat dengan dua bot ambulans baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Beliau berkata dengan adanya kemudahan bot baharu itu, pemindahan pesakit dan bantuan kecemasan boleh disalurkan dengan lebih cepat, efisien dan selamat.
"Perkhidmatan bot ambulans bukan sahaja diperlukan oleh orang tempatan, tetapi untuk memindahkan pelancong yang memerlukan rawatan di hospital.
"Dengan purata kekerapan bilangan pergerakan pergi dan balik bot ambulans sebanyak 10 hingga 20 kali sebulan, perkhidmatan pengangkutan yang cekap adalah sangat penting di kedua-dua pulau itu," katanya selepas Majlis Perasmian Bot Ambulans Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Jeti Duyong Marina di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Bahagian Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Kasemani Embong.
Lukanisman berkata saiz bot ambulans baharu itu juga lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter.
"Bot ambulans ini dibina mengikut piawaian Jabatan Laut serta dilengkapi peralatan keselamatan termasuk alat penerima Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), radio VHF dan kompas magnetik," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan KKM juga sedang meneliti permohonan untuk bot ambulans baharu di beberapa pulau dan pedalaman Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bot ambulans
#Pulau Redang
#Pulau Perhentian
#Kementerian Kesihatan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan