KUALA TERENGGANU: Perkhidmatan kesihatan di Pulau Perhentian dan Pulau Redang dipertingkat dengan dua bot ambulans baharu daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Timbalan Menteri Kesihatan Lukanisman Awang Sauni berkata dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.
Beliau berkata dengan adanya kemudahan bot baharu itu, pemindahan pesakit dan bantuan kecemasan boleh disalurkan dengan lebih cepat, efisien dan selamat.
"Perkhidmatan bot ambulans bukan sahaja diperlukan oleh orang tempatan, tetapi untuk memindahkan pelancong yang memerlukan rawatan di hospital.
"Dengan purata kekerapan bilangan pergerakan pergi dan balik bot ambulans sebanyak 10 hingga 20 kali sebulan, perkhidmatan pengangkutan yang cekap adalah sangat penting di kedua-dua pulau itu," katanya selepas Majlis Perasmian Bot Ambulans Klinik Kesihatan Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Jeti Duyong Marina di sini, semalam.
Turut hadir Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Bahagian Kesihatan Awam) Datuk Dr Norhayati Rusli dan Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu Datuk Kasemani Embong.
Lukanisman berkata saiz bot ambulans baharu itu juga lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter.
"Bot ambulans ini dibina mengikut piawaian Jabatan Laut serta dilengkapi peralatan keselamatan termasuk alat penerima Sistem Kedudukan Sejagat (GPS), radio VHF dan kompas magnetik," katanya.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan KKM juga sedang meneliti permohonan untuk bot ambulans baharu di beberapa pulau dan pedalaman Sabah.
-- BERNAMA
Bernama
Sat May 20 2023
Saiz bot ambulans baharu ini lebih besar, selain boleh digunakan pada musim tengkujuh kerana mampu meredah ombak setinggi dua meter. - Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia
Bantuan kontena Malaysia ke Gaza berlepas dari Kaherah ke sempadan Rafah
Nik Nazmi berkata, misi dilakukan secara berperingkat dan turut melibatkan badan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan antarabangsa.
Polis kesan pemilik akaun media sosial timbul kebencian terhadap pemain bola sepak - Saifuddin
Saifuddin mengesahkan polis sedang mengesan pemilik akaun media sosial yang dipercayai menimbulkan kebencian terhadap pemain bola sepak kebangsaan.
Pokok tumbang: Perkhidmatan monorel terjejas, Rapid Rail sedia bas, tren perantara
Insiden pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail di sini menyebabkan perkhidmatan monorel mengalami gangguan.
Gaji penjawat awam Sabah naik selaras dengan Persekutuan - Hajiji
Kerajaan negeri akan terlebih dahulu meneliti perincian kenaikan gaji penjawat awam yang dijangka diumumkan pada Belanjawan 2025 Oktober ini sebelum melaksanakan sebarang kenaikan.
[TERKINI] Seorang maut dalam kejadian pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Sebatang pokok besar di Jalan Sultan Ismail tumbang susulan hujan lebat dan angin kencang sehingga menyebabkan beberaoa kenderaan remuk akibat dihempap.
NACS bukan sekadar strategi, jadikan Malaysia negara hebat tatakelola
Perdana Menteri tegaskan Strategi Pembanterasan Rasuah Nasional (NACS) bukan sekadar strategi tetapi bakal melonjakkan kedudukan Malaysia sebagai negara dengan pengurusan tatakelola terhebat di rantau ini.
NACP: Ketirisan RM277 bilion dalam lima tahun sangat menggemparkan – PM Anwar
Jumlah ketirisan sehingga mencecah RM277 bilion dalam tempoh lima tahun (2018 – 2023) seperti yang didedahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) adalah angka yang menggemparkan, dan membuktikan gejala rasuah semakin membengkak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Seorang maut, seorang cedera dihempap pokok tumbang di Jalan Sultan Ismail
Seorang lelaki berusia 47 tahun maut manakala seorang lagi berusia 26 tahun cedera dalam insiden pokok besar tumbang di Jalan Sultan Ismail pada petang Selasa.
Penjenamaan PPR bakal jadikan PRR setanding HDR di Singapura, Jepun dan Korea - Nga Kor Ming
KPKT dalam proses menjenamakan semula PPR kepada PRR di mana model pembinaannya setanding perumahan rakyat di Singapura, Jepun dan Korea Selatan.
Faisal Halim jalani pembedahan jam 5 petang
PEMAIN sayap kebangsaan, Faisal Halim akan menjalani satu lagi pembedahan pada jam 5 petang ini.
Bot ambulans baharu untuk Perhentian, Redang
Dua bot ambulans bernilai RM1.4 juta itu bagi menggantikan bot sedia ada yang sudah usang dan sering mengalami kerosakan.