Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) mangsa tragedi bot karam yang dipukul ombak ketika menghala ke Sungai Nyamuk pada Selasa lepas, menjumpai dua lagi mayat masing-masing di perairan Malaysia dan Indonesia, hari ini.

Menurut wartawan Bernama yang menyertai operasi itu, mayat pertama seorang kanak-kanak dijumpai di perairan Tinagat, Tawau oleh anggota Kastam sekitar pukul 3.50 petang.

Sejurus selepas itu mayat kedua, seorang lelaki dikesan menerusi helikopter Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia di perairan Unarang, Indonesia kira-kira pukul 4 petang.

Mayat pertama seorang kanak-kanak dijumpai di perairan Tinagat, Tawau oleh anggota Kastam sekitar pukul 3.50 petang. - Foto APMM

Operasi SAR pada hari ini berlangsung dalam keadaan cuaca yang baik dan lautan yang tidak bergelora. -- Bernama