awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot langgar boya: Mayat lelaki ditemukan

Bernama
Bernama
24/08/2021
02:55 MYT
Bot langgar boya: Mayat lelaki ditemukan
Keluarga mangsa mengesahkan mayat tersebut adalah Mohamad Ewandi (gambar kecil) berdasarkan pengecaman pakaian dan ciri-ciri fizikal mayat berkenaan. - Foto Sinar Harian ihsan Maritim Malaysia
ALOR SETAR: Mayat seorang lelaki yang disyaki terjatuh ke dalam laut selepas bot dinaikinya bersama tiga rakan terlanggar boya di selatan Pulau Lalang dekat Langkawi pada Ahad lepas, ditemukan di kawasan paya bakau di Kuala Temonyong, semalam.
Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Mohd Zawawi Abdullah berkata mayat Mohamad Ewandi Husnan, 22, yang masih dalam keadaan lengkap memakai seluar panjang berwarna hitam itu ditemukan terdampar di kawasan paya bakau itu oleh orang awam pada 4.30 petang.
"Mayat itu telah dibawa keluar dari kawasan tersebut dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda dan telah diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Maliha (Langkawi) untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata keluarga mangsa membuat pengesahan bahawa mayat yang ditemukan itu adalah Mohamad Ewandi berdasarkan pengecaman pakaian dan ciri-ciri fizikal mayat berkenaan.
BACA: Lelaki hilang selepas jatuh dari bot di Langkawi
Sebelum kejadian pada 10 pagi itu, mangsa dilaporkan bersama tiga lagi rakannya yang berumur antara 18 dan 53 tahun dalam perjalanan pulang selepas menangkap ikan.
Pelanggaran itu menyebabkan kesemua mangsa terjatuh di kedudukan 0.5 batu nautika Pulau Lalang, namun tiga mangsa berjaya diselamatkan oleh bot nelayan tempatan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Langkawi
#bot langgar boya
#mayat ditemui
#menangkap ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan