awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot meletup: Sembilan anggota PGA cedera

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/02/2017
09:12 MYT
Bot meletup: Sembilan anggota PGA cedera
Polis Perak mengesahkan sembilan anggota PGA cedera dalam insiden letupan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh. - Gambar Astro AWANI
Polis Perak mengesahkan sembilan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera dalam insiden letupan sebuah bot di Jeti Pangkalan Polis Marin di Kampung Acheh, Sitiawan, dekat sini hari ini.
Menurut Pemangku Ketua Polis Perak, Datuk Hasnan Hassan, siasatan awal mendapati letupan itu berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi semasa anggota polis menghidupkan enjin bot tersebut.
Katanya, letupan itu berpunca daripada kerosakan enjin bot dan tiada bahan letupan lain yang terlibat dalam insiden itu.
Menurut beliau, semasa kejadian, kesemua anggota dari PGA Ulu Kinta itu sedang menjalani latihan rutin di Pengkalan Marin, Kampung Acheh, Manjung Perak.
"Kesemua mereka yang mengalami kecederaan telah menerima rawatan di Hospital Daerah Seri Manjung dan mereka kini berada dalam keadaan stabil,’’ katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, pada Isnin.
Hasnan berkata, polis sedang menjalankan siasatan lanjut untuk mengesan punca enjin bot berkenaan meletup.
Topic Berkaitan
#Datuk Hasnan Hassan
#Hospital Daerah Seri Manjung
#PGA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan