awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot penumpang karam di Sarawak, 17 diselamatkan dan seorang masih hilang

Astro Awani
Astro Awani
24/01/2014
05:26 MYT
Bot penumpang karam di Sarawak, 17 diselamatkan dan seorang masih hilang
Belum pun selesai pencarian seorang mangsa yang masih hilang dalam tragedi bot karam di Sungai Batang Lassa, Daro, Mukah di Sarawak minggu lalu, satu lagi insiden bot penumpang terbalik berlaku di Sarikei, Sarawak.
Dalam kejadian 6:50 pagi tadi, 17 penumpang selamat manakala seorang dilaporkan hilang.
Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Penguasa Bomba Zon Tengah, Abdul Mutalib,kejadian berlaku di Sungai Sian, Bintangor, Sarikei , iaitu 20 minit selepas berlepas dari jeti.
Ketika kejadian, 18 penumpang berada di dalam bot panjang berkenaan.
Difahamkan kebanyakan penumpang berjaya diselamatkan oleh krew kapal tongkang yang kebetulan lalu di tempat kejadian.
Mangsa yang dilaporkan hilang adalah seorang lelaki dalam lingkungan umur antara 20 hingga ke 30 tahun.
Sehubungan itu operasi mencari dan menyelamat melibatkan kira kira lapan anggota Bomba dan Penyelamat Bintangor sedang giat dijalankan.
Topic Berkaitan
#bot
#karam
#Sarawak
#Sarikei
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan