GEORGE TOWN: Empat nelayan termasuk seorang tekong berjaya diselamatkan sepasukan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang selepas bot mereka mengalami kerosakan pada awal pagi Rabu.
Pengarahnya, Kapten Maritim Abd Razak Mohamed berkata, kesemua mangsa berusia lingkungan 29 hingga 61 tahun itu berjaya diselamatkan kira-kira jam 3.50 pagi selepas bot mereka ditemui di 1.5 batu nautika barat daya Pulau Rimau di sini.
"Kita menerima panggilan kecemasan berhubung sebuah bot nelayan dari Tanjung Piandang, Perak mengalami kerosakan berhampiran Pulau Rimau pada jam 2.45 pagi tadi (Rabu).
"Sebuah bot ronda KILAT 26 terus bergegas ke lokasi untuk operasi pencarian.
"Sejam kemudian, kita berjaya menemui bot yang berpangkalan di Tanjung Piandang, Perak itu. Ia dinaiki empat kru termasuk tekong," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya lagi, kesemua mangsa berada dalam keadaan baik dan selamat sebelum dipindahkan ke bot ronda Maritim Malaysia.
"Bot fiber yang rosak itu ditunda ke Jeti Limbungan Batu Maung untuk tindakan selanjutnya," katanya.
Sementara itu, salah seorang mangsa, Nur Azhar Jiffre, 29 berkata, mereka telah cuba membaiki kerosakan namun gagal dan terus menghubungi Maritim Malaysia untuk meminta bantuan.
"Bot kami mengalami kerosakan kira-kira jam 7 malam semalam (Selasa) dan hanyut memasuki perairan Pulau Pinang pada awal pagi tadi (Rabu).
"Syukur kami semua selamat dan tiada kejadian tidak diingini berlaku. Terima kasih kepada Maritim Malaysia Pulau Pinang kerana menyelamatkan kami," katanya.
Dalam pada itu, Abd Razak mengingatkan warga komuniti nelayan untuk mengutamakan keselamatan di laut selain memastikan peralatan ke laut terutamanya bot berada dalam keadaan baik sebagai persediaan sekiranya berlaku sebarang kecemasan.
Tambahnya, sebarang aduan salah laku jenayah maritim atau sebarang kecemasan di laut, orang awam boleh menghubungi talian hotline Pusat Operasi Maritim Pulau Pinang di talian 04-2626146 atau talian kecemasan MERS 999.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Wed Feb 16 2022
Nelayan hanyut bersama bot yang rosak berjaya diselamatkan Maritim Pulau Pinang pada awal pagi Rabu. -Foto Sinar Harian
Simpan jasad bayi: Mufti perlu proaktif keluar pandangan hukum - Na'im Mokhtar
Susulan tular kes mayat bayi dimasukkan dalam peti sejuk selama dua minggu di selangor, Mufti Selangor digesa untuk tampil mengeluarkan pandangan hukum syarak sebagai pencerahan kepada masyarakat.
KBS rangka kod etika pemakaian babitkan penggunaan Jalur Gemilang
Hannah berkata pengenalan kod etika itu susulan isu terbaharu melibatkan penggunaan Jalur Gemilang pada jersi pemain perseorangan lelaki profesional negara Lee Zii Jia.
Operasi mencari anggota TDM hilang di Royal Belum tiada petunjuk baharu - ATM
Tiada petunjuk baharu ditemukan dalam operasi mencari seorang anggota Tentera Darat Malaysia yang hilang di Hutan Royal Belum November lepas.
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
Nabil Ahmad teruja sertai APMM pada perbarisan Hari Kebangsaan ke-67
Menurutnya, ini merupakan pengalaman pertama dalam hidupnya menjadi sebahagian anggota badan beruniform.
Maritim Negeri Selangor tahan bot bawa lebihan penumpang
Maritim Negeri Selangor menahan sebuah bot kerana membawa lebihan penumpang di 0.3 batu nautika selatan Tanjung Harapan.
APMM Selangor kenal pasti, sekat laluan tikus pendatang asing menjelang Aidilfitri
APMM Selangor kenal pasti lokasi panas atau lorong tikus dipercayai jadi laluan masuk dan keluar pendatang tanpa izin, menjelang Aidilfitri.
Maritim Malaysia nasihat orang awam jaga keselamatan ketika lakukan aktiviti laut
Maritim Malaysia menasihati orang awam untuk sentiasa menjaga keselamatan ketika melakukan aktiviti laut pada musim perayaan ini.
Carilamat: Lebih 1,000 nyawa berjaya diselamatkan APMM tahun ini
APMM menyelamatkan 1,365 nyawa mangsa, daripada 1,487 kes carilamat di laut bagi tempoh awal Januari hingga Oktober lepas.
Gangguan seksual: Polis rekod keterangan pegawai kanan Maritim esok
Polis mengesahkan sudah membuka kertas siasatan berhubung dakwaan gangguan seksual membabitkan seorang pegawai kanan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).
APMM laksana Eksesais Maritim Perkasa TImur di perairan Sabah, Sarawak
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan melakukan Eksesais Maritim Perkasa Timur di perairan Sabah dan Sarawak pada Sabtu hingga 3 Nov depan.
Rancangan naik taraf pusat kawalan operasi APMM tingkat keselamatan maritim
Rancangan menaik taraf pusat kawalan operasi dan pembinaan baharu pangkalan operasi APMM langkah penting meningkatkan keselamatan maritim.
Kapal USGC Munro singgah Kuantan, bukti hubungan kukuh AS, Malaysia
Munro diambil daripada nama Douglas Albert Munro, iaitu Pegawai USCG yang dianugerahkan pingat kehormat secara anumerta kerana kepahlawanan yang luar biasa ketika Perang Dunia Kedua.
Kebakaran kontena dalam pelayaran ke Pelabuhan Klang berjaya dipadam sepenuhnya
Bomba berjaya memadamkan sepenuhnya kebakaran beberapa kontena di atas sebuah kapal kargo yang sedang dalam perjalanan ke Pelabuhan Klang awal pagi tadi.