awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot tempur CB204 dan anggota TLDM ditemui selamat - Panglima TLDM

Hamzah Hamid
Hamzah Hamid
06/10/2014
10:06 MYT
Bot tempur CB204 dan anggota TLDM ditemui selamat - Panglima TLDM
Kedudukan bot tempur TLDM dikenal pasti - Panglima TLDM
Bot tempur CB204 dan kesemua tujuh anggota Tentera Laut Diraja Malaysia ditemui selamat, menurut Panglima TLDM Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.
Terdahulu, kedudukan bot tempur yang terputus hubungan dengan kapal pengiring KD Paus semasa dalam perjalanan ke Stesen LIMA TLDM di Terumbu Layang-Layang, Sabah dilaporkan telah dikenal pasti.
Bot tempur CB204 itu semalam dilaporkan terputus hubungan ketika dalam perjalanan ke Gugusan Semarang Peninjau kira-kira pukul 1.05 petang. Ia dipercayai hilang dalam cuaca buruk di perairan Sabah dengan posisi terakhir bot tempur berkenaan adalah di kedudukan 20 batu nautika ke timur laut Pulau Mengalum.
KLIK SENARAI ANGGOTA BOT TEMPUR CB204
Gerakan mencari dan menyelamat (SAR) bot tersebut telah melibatkan 6 buah kapal dan 3 buah pesawat.
Panglima TLDM, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar melalui twitnya menyatakan bahawa kapal KD Ganas telah menerima panggilan kecemasan daripada bot CB204 yang mengalami masalah enjiin dan gear stering itu pada jam 3 petang.
Bot CB204: KD Ganas terima panggilan distress drpd Bot jam1500. Bot hadapi masalah enjin dan steering gear. Bot berada 30nm SE Stn Uniform.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
Bot CB204: KD Ganas dan KD Lekiu sedang menuju ke posisi Bot untuk menyiasat. Bot berada 7 nm drpd KD Ganas. Tolong doakan Bot selamat.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
Sementara itu, Twitter Bernama menyatakan, dengan memetik kenyataan Abdul Aziz, bahawa keadaan 7 anggota TLDM bot CB204 masih belum dipastikan. Buat masa ini, KD Ganas dan KD Lekiu dihantar ke lokasi terakhir panggilan kecemasan dibuat.
Bot CB204: Lt Azri, Kdr Bot, memaklumkan KD Ganas melalui Ch16, Bot dan semua warga selamat tetapi kelaparan. Alhamdulillah.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
Bot CB204: Bot dan Crew selamat, Alhamdulillah
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
Bot CB204: Bot dan semua crew selamat. Komander Bot memaklumkan melalui radio VHF Ch 16.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: Pada 1823, Bot melapor dapat melihat lampu panduarah KD Ganas. Namun, bot belum lagi dilihati oleh KD Ganas, kerana laut bergelora.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: Gambar keadaan laut di lokasi SAR sebentar tadi sebelum sunset. Lihat ombak besar melanda kapal KD Ganas. pic.twitter.com/ZtqGkqZiuK
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: Bot telah dijumpai oleh pada jam 1849. KD Ganas sedang merapatinya. Namun, keadaan laut yg bergelora (State 4) menyukarkan.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: KD Ganas berjaya merapati bot pada jam 1912 bagi menyerahkan makanan kepada crew yg kelaparan. Bot mengalami kerosakan enjin.
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
CB204: Bot akan ditunda oleh KD Lekiu yg dijangka tiba di lokasi tgh malam ini. Jarak drpd PTKK ialah 129 nm, dan akan mengambil masa 23 jam
— Abdul Aziz Jaafar (@ChiefofNavy) October 6, 2014
Topic Berkaitan
#Pulau Mengalum
#TLDM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan