awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bot terbalik: Tekong nekad berenang redah laut bergelora minta bantuan

Astro Awani
Astro Awani
06/07/2020
09:08 MYT
Bot terbalik: Tekong nekad berenang redah laut bergelora minta bantuan
Hazahar yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai nelayan, berkata dia berenang sejauh kira-kira empat batu nautika selama sejam. -Astro AWANI
Tekong bot karam dalam tragedi yang mengorbankan lapan nyawa di perairan Kemasin, Bachok minggu lalu, nekad berenang untuk mendapatkan bantuan selepas bot berkenaan terbalik dipukul ribut.
Hazahar Mat Sanishah, 48, yang terselamat berkata, dia berbuat demikian selepas berpesan kepada anak sulungnya yang juga awak–awak bot supaya menjaga keluarga mereka dengan baik.
"Saya cakap kepada anak, saya hendak berenang mencari bot Mat Jen (rakan nelayan yang berada di kawasan berhampiran) untuk meminta bantuan.
"Saya pesan, kalau Mat Jen datang, bermakna anggaplah saya selamat dan jika sebaliknya, bermakna saya sudah tiada dan jagalah keluarga elok-elok jika dia terselamat.
"Saya pun ambil satu objek yang boleh terapung dan terus berenang," katanya ketika ditemui di sini pada Isnin.
BACA: 4 maut, 4 lagi hilang selepas bot bawa pemancing terbalik di Bachok
BACA: Mayat keenam tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
BACA: Mayat terakhir tragedi bot terbalik di Bachok ditemui
Bercerita lanjut, Hazahar yang berpengalaman lebih 30 tahun sebagai nelayan, berkata dia berenang sejauh kira-kira empat batu nautika selama sejam namun keadaan yang gelap dan laut bergelora menyebabkan nelayan lain tidak nampak kelibatnya di permukaan laut.
"Namun nasib saya cukup baik apabila jeritan saya didengari rakan nelayan tempatan yang berada di kawasan itu dan memberi bantuan. Saya sebenarnya sudah kepenatan dan hampir lemas kerana melawan arus dan keadaan laut yang bergelora," katanya.
Terdahulu, Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Othman Abdul Latiff, menziarahi Hazahar yang juga bapa kepada lima anak di rumahnya di Kampung Kuala Besar di sini.
Dalam kunjungan itu, Othman menyampaikan sumbangan kilat berupa wang tunai dan makanan keperluan asas.
Dalam kejadian jam 8.30 malam isnin lalu, bot yang dinaiki 20 individu termasuk pemancing dan awak-awak terbalik dipukul ribut.
Susulan kejadian itu, 12 individu terselamat manakala lapan yang lain terkorban.
Topic Berkaitan
#anak
#Bachok
#bot
#bot karam
#dipukul ribut
#karam
#keluarga
#kemasin
#lemas
#Malaysia
#nelayan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan