KUALA LUMPUR: Boustead Holdings Bhd, yang kembali mencatat keuntungan pada suku pertama berakhir 31 Mac, 2021, selepas mencatatkan kerugian suku tahunan sepanjang tahun lepas, akan terus meningkatkan prestasi kewangannya selain membina semula strategi "Reinventing Boustead" untuk memaksimumkan pewujudan nilainya.
Pengarah Urusan (MD) Kumpulan Datuk Seri Mohammed Shazalli Ramly berkata pihaknya akan mengukuhkan prestasi perniagaan teras sedia ada, memperkenalkan model perniagaan baharu untuk penjanaan pendapatan baharu dan melancarkan beberapa inisiatif strategik untuk mengenal pasti dan meninjau peluang baharu.
"Ini akan didorong oleh pendekatan serampang tiga mata: Rejuvenated Transformation Programme untuk perniagaan teras yang didorong oleh program peningkatan prestasi baharu; meninjau dan menceburi peluang perniagaan baharu dan kemampanan dengan menerima perkhidmatan teknologi yang inovatif dan relevan; serta menerapkan perniagaan digital yang relevan dan sinergi untuk menyokong perniagaan teras dan meningkatkan pewujudan nilai baharu untuk masa depan," katanya dalam kenyataan.
Mohammed Shazalli berkongsi strategi dengan pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan Boustead yang diadakan secara maya hari ini.
Beliau berkata aspirasi untuk memperluas perniagaan tradisional Boustead akan dilaksanakan melalui Perkhidmatan Teknologi Boustead (BTS) dan Perkhidmatan Digital Boustead (BDS) yang diwujudkan.
BTS akan meneroka teknologi seperti menguasai tenaga boleh diperbaharui, digitalisasi penyelesaian pertahanan dan Internet of Things serta pesawat tanpa pemandu manakala BDS akan memberi tumpuan kepada membangun dan meningkatkan penyelesaian digital dalam ekosistem kumpulan melalui pewujudan bersama, pemilikan bersama dan pelaburan yang berhemat dalam syarikat digital.
Boustead telah memulakan inisiatif pengurusan hutang pintar yang memberi tumpuan kepada mengurangkan pinjaman kepada tahap optimum.
"Kumpulan akan memberi tumpuan kepada membangun dan menggunakan analisis data, platform risikan perniagaan dan pembelajaran berterusan untuk menetapkan landasan pelan perniagaan kami dan membentuk keputusan yang inovatif untuk hari ini dan masa depan.
"Kita perlu memikirkan semula cara kita menjalankan perniagaan dan bagaimana kita berurusan dengan pelanggan kita. Pada era ini, perniagaan tradisional kita terus terdedah kepada gangguan. Melalui melihat semula status quo, kita dapat mengatasi gangguan tersebut atau mengukuhkan kedudukan kita," katanya.
Beliau berkata Boustead akan turut merasionalisasikan aset bukan strategik untuk mengukuhkan kedudukan perniagaan teras kumpulan yang dibentuk semula dan memanfaatkan usaha baharu dalam bidang teknologi dan digital.
Sementara itu, prestasi keseluruhan Boustead bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2020 meningkat dengan kerugian sebelum cukai dan zakat yang lebih rendah sebanyak RM420 juta berbanding kerugian sebanyak RM1.3 bilion pada tahun sebelumnya.
Menurut syarikat itu, peningkatan tersebut disebabkan keuntungan operasi yang lebih baik sebanyak RM249 juta berikutan prestasi yang lebih baik daripada bahagian perladangan, selain keuntungan sekali daripada penjualan syarikat bersekutu pada nilai RM44.5 juta serta penurunan nilai hartanah, kilang dan peralatan, hak penggunaan aset dan muhibah sebanyak RM207 juta.
Bagaimanapun, cabaran ekonomi global yang tidak dapat dielakkan pada tahun ini terbukti dengan pendapatan Boustead yang rendah sebanyak RM7.9 bilion pada tahun kewangan 2020 daripada RM10.3 bilion pada tahun kewangan 2019.
Ini berikutan kejatuhan harga bahan api secara purata, disebabkan impak negatif daripada pandemik COVID-19, katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 24 2021
Mohammed Shazalli berkata pihaknya akan mengukuhkan prestasi perniagaan teras sedia ada selain memperkenalkan model perniagaan baharu. - Gambar fail
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Boustead catat untung lebih RM1 bilion
Boustead raih Untung Sebelum Cukai (PBT) tertinggi berjumlah RM1.1 bil bagi tahun kewangan 2017