awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
Kartel penetapan harga: 31 perusahaan penjagaan kanak-kanak di Kelantan berdepan penalti - MyCC
Yaman ancam serang keberadaan Israel di Somaliland, dakwa langgar kedaulatan serantau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Branson tunai janji berpakaian pramugari

Bernama
Bernama
12/05/2013
07:19 MYT
Branson tunai janji berpakaian pramugari
Hartawan penerbangan Sir Richard Branson mendarat di Kuala Lumpur dengan memakai mekap, berkasut tumit tinggi dan sarung kaki untuk menunaikan janji setelah kalah pertaruhan kepada Ketua Eksekutif AirAsia Tony Fernandes pada Grand Prix dua tahun lepas.
Beliau berlepas dari Perth pagi ini dengan penerbangan amal untuk mengumpul dana ke Kuala Lumpur, dengan berpakaian wanita.
The Australian Associated Press melaporkan di sebuah bar di Perth CBD pada Sabtu malam, Branson membenarkan pramugari AirAsia mencukur bulu kakinya.
Terdapat alasan kukuh kenapa beliau mengambil masa yang lama untuk menunaikan janjinya itu -- kakinya patah, terbabit dalam kemalangan semasa naik belon udara panas untuk menyaksikan prototaip Virgin Galactic, yang akan melakukan penerbangan komersil ke angkasa.
"Ya, memang betul. Kami sama-sama memiliki pasukan Grand Prix dan saya amat yakin yang saya akan menang," kata Branson sepertimana dipetik oleh AAP.
"Berlaku kesilapan. Sudah tentu pemandu pada perlumbaan itu tidak lagi bersama-sama kami. Saya berusaha untuk mengelak berada di sini (dalam penerbangan amal ini), tetapi tahu perlu tunaikannya."
Sementara itu, Fernandes yang dicabar untuk menunaikan janjinya, mengumumkan akan menjadi seorang daripada pelancong angkasa dalam penerbangan komersil pertama Virgin Galactic, merupakan penerbangan yang amat mahal.
"Apa yang beliau (Branson) tidak sedar ialah sebaik sahaja saya pergi ke angkasa, akan ada versi tambang murah - AirAsia Galactica, kira-kira 10 peratus daripada harga yang beliau kenakan," katanya. Dana daripada penerbangan amal itu akan disalurkan kepada Starlight Foundation untuk kanak-kanak sakit.
Topic Berkaitan
#AirAsia.
#Gramd Prix
#Richard Branson
#Tony Fernandes
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan