KUALA LUMPUR: Kapten Selangor FC Brendan Gan, yang kembali bersama pasukan selepas setahun setelah dihidapi kanser, menjadi pencetus kemenangan besar 7-0 skuad Gergasi Merah ke atas Sarawak United pada aksi Liga Super, malam tadi.
Pemain berusia 34 tahun itu, memulakan kenduri gol seawal minit ketujuh buat Selangor di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, apabila mengegarkan jaring dengan merembat masuk bola hantaran Quentin Cheng.
Aksi itu merupakan perlawanan liga pertama buat Brendan yang disahkan menghadapi kanser testis pada Julai tahun lepas.
Jaringan tersebut terus menyemarakkan skuad Gergasi Merah apabila penyerang import dari Brazil, Hyuri Henrique mengandakan jaringan pada minit ke-23 menerusi tandukan, hasil sepakan penjuru Mukhairi Ajmal Mahadi.
Skuad tuan rumah memastikan mereka terus menghukum pasukan zon penyingkiran itu apabila seorang lagi penyerang import dari Brazil, Herlison Caion melengkapkan hantaran silang Hein Htet Aung pada minit ke-45.
Bersambung babak kedua, pengendali Michael Feichtenbeiner terus mengantikan Brendan dengan Muhamad Syahir Bashah dalam memburu kemenangan ketiga musim dalam aksi keenam musim ini`.
Skuad Gergasi Merah meneruskan kenduri gol apabila Nor Hakim Hassan meledak gol keempat dalam situasi satu lawan satu menentang penjaga gol Sharbinee Allawee pada minit ke-51.
Caoin kemudian menjadi wira hatrik buat Selangor apabila meledak dua lagi jaringan, masing-masing pada minit ke-74 dan 88.
Dengan benteng pertahanan Sarawak United terus kucar kacir, Aliff Haiqal Lokman Hakim Lau menambah derita mereka menerusi jaringan pada masa kecederaan (90+2) untuk melengkapkan kemenangan penuh bergaya tersebut.
Kemenangan itu membantu Selangor melonjak daripada kedudukan kelapan ke tempat keenam carta dengan 11 mata manakala Sarawak United berada di kedudukan ke-11 daripada 12 pasukan dengan hanya mengumpul tujuh mata selepas 10 aksi setakat ini.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 19 2022
Brendan membuat cubaan ke gawang gol ketika menentang Sarawak United FC pada Perlawanan Bola Sepak Liga Super Malaysia 2022 di Stadium MBPJ, Petaling Jaya, 19 Jun 2022. --fotoBERNAMA
Tiada terkesan cuaca panas, jemaah dinasihat jaga kesihatan
Walaupun tiada kes jemaah haji Malaysia terkesan kerana cuaca panas ketika ini di Mekah dan Madinah, Ketua Rombangan Haji Malaysia 1445H/2024, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman meminta jemaah dan petugas Lembaga Tabung Haji (TH) supaya terus menjaga kesihatan dan tidak terlalu mendedahkan diri kepada keadaan cuaca panas itu.
MTRK gesa kerajaan Kelantan selesaikan isu air
Kerajaan Kelantan perlu mencari jalan penyelesaian segera bagi menangani masalah air di negeri berkenaan.
Isu kekurangan sumber manusia akan ditangani segera
Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri Kedah (Kesihatan Awam) Dr Norizan Ahmad dalam sebuah kenyataan memaklumkan isu kekurangan sumber manusia akan ditangani sebaik mungkin supaya penyampaian perkhidmatan sedia ada tidak terjejas.
TNB tidak perlu bayar cukai tambahan RM1.8 bilion, Mahkamah Rayuan kekal keputusan Mahkamah Tinggi
Panel setuju, TNB sebagai syarikat utiliti elektrik dikenali dan jumlah yang diminta terdiri daripada RA yang sepatutnya dikecualikan.
Doktor pelatih perlu ditempatkan segera di hospital
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad mengarahkan supaya menempatkan semula doktor pelatih (HO) di hospital daerah yang memerlukan dengan kadar segera.
Pasukan petugas ditubuh pantau, selenggara pokok
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) diarah membentuk pasukan petugas dalam waktu terdekat untuk memantau secara terperinci dan menyelenggara pokok-pokok teduhan di sekitar ibu negara.
Sokongan terhadap pekerja dalam tangani stres dan kesihatan mental perlukan perhatian - Jobstreet
Punca utama stres termasuk, beban kerja berat, kekurangan latihan atau sokongan dan tekanan tinggi daripada pengurusan atau persekitaran.
Kekejaman zionis: Sepanyol tolak kebenaran berlabuh kapal bawa senjata Israel
Sepanyol telah menolak kebenaran bagi sebuah kapal yang membawa senjata ke Israel untuk singgah di pelabuhan Cartagena.
AS umum operasti jeti terapung sementara di Gaza
Amerika Syarikat umum operasi jeti terapung di Gaza untuk meningkatkan penghantaran bantuan ke wilayah itu.
Kekejaman zionis: PBB beri amaran stok makanan di Gaza kehabisan
Ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran bahawa kebuluran adalah risiko segera di Gaza dengan stok makanan kehabisan.
Akhyar Rashid kembali jalani latihan ringan di padang
Pemain berusia 25 tahun itu mula menjalani latihan ringan setelah berehat selama dua minggu akibat kecederaan dialaminya.
KL City congak strategi tanpa kelibat Kamal Azizi
Pemain pertahanan kelahiran Kuala Berang, Terengganu itu mengalami kecederaan ketika KL City terikat 1-1 bertemu Kuching City FC pada Ahad.
Liga Super: Tangan Kamal Azizi patah terkena bola sepakan pemain Kuching City
Kamal dikeluarkan seawal minit pertama perlawanan selepas bola sepakan pemain pertahanan Kuching City terkena tangan kanannya.
Liga Super: Steinbruckner tak puas hati prestasi TFC
Ketua Jurulatih TFC Tomislav Steinbruckner menganggap anak buahnya tidak mencapai tahap diharapkan, meskipun meraih kemenangan 3-1 ke atas Perak FC.
Machado, Saddil mungkin terlepas aksi pertama Liga Super - Kim Swee
Dua pemain import Sabah FC iaitu Ramon Machado dan Saddil Ramdani mungkin terlepas aksi pertama Liga Super menentang Penang FC.
Liga Super: Usah terburu-buru kejar sasaran - Kim Swee
Ketua Jurulatih Sabah FC Datuk Ong Kim Swee enggan anak buahnya terburu-buru dan mengejar sasaran tidak realistik pada awal fasa Liga Super musim ini.
JDT lancar jersi baharu bagi musim 2024
Jersi berwarna biru dan merah untuk beraksi di gelanggang keramat mereka manakala jersi berwarna putih untuk perlawanan di gelanggang lawan.
Kedah selamat, kekal beraksi dalam saingan Liga Super
Kedah Darul Aman FC berjaya menyelesaikan tunggakan gaji bagi tahun 2023 sekali gus dibenarkan beraksi dalam saingan Liga Super musim ini.
Perak tagih sentuhan penyerang import perkuat jentera serangan
Ia cabaran yang perlu dihadapi pemain import itu memandangkan tempoh yang ada untuk melakukan persediaan berbaki kurang tiga minggu.
KDA FC mohon penyokong bantu pasukan
Katanya, setakat 3 petang semalam, pihak pengurusan berjaya mengumpul 90 peratus daripada dana yang diperlukan.