awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Salah bayar cukai pendapatan hampir separuh daripada gaji
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN

Astro Awani
Astro Awani
07/08/2023
11:45 MYT
BSH RM300 sebulan buat veteran tidak berpencen berusia 60 tahun - KSN
Menurut Mohd Zuki, langkah itu memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Bantuan Sara Hidup (BSH) sebanyak RM300 sebulan akan diperluaskan kepada veteran tidak berpencen pada usia 60 tahun berkuat kuasa September depan.
Menurut Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Zuki Ali dalam satu kenyataan, langkah itu diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Pembaharuan Perkhidmatan Awam (JKK-PA) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri pada Isnin.
“Pemanjangan BSH ini akan berkuat kuasa pada bulan September 2023 dan akan memberi faedah kepada seramai 41,970 veteran tidak berpencen dengan implikasi kewangan tambahan sebanyak RM151.1 juta setahun,” ujarnya.
Sebelum ini, BSH RM300 sebulan hanya dinikmati veteran tidak berpunca pada usia 80 tahun.
Mohd Zuki menyifatkan pemanjangan BSH kepada veteran pada usia 60 tahun ini adalah kesinambungan keprihatinan kerajaan kepada penjawat awam.
“Selain daripada insentif yang berbentuk kewangan, kebajikan veteran ATM juga dititikberatkan oleh kerajaan untuk diberi keutamaan jawatan lantikan kontrak dalam perkhidmatan awam bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran mereka semasa dalam perkhidmatan ATM,” jelas beliau.
Kali terakhir semakan Skim Saraan Perkhidmatan Awam dilaksanakan pada tahun 2001 dan penambahbaikan gaji tidak dibuat sejak tahun 2013.
Pada 1 Mei lalu, Perdana Menteri telah mengumumkan langkah semakan semula Skim Saraan Perkhidmatan Awam.
Topic Berkaitan
#Bantuan Sara Hidup
#veteran tidak berpencen
#Mohd Zuki Ali
#penjawat awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan