JASIN: Seekor buaya tembaga dianggarkan seberat dua tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai di sini hari ini.
Seorang nelayan Mohd Amin Mohd Yatim, 53, berkata dia menemukan reptilia itu kira-kira 10.15 pagi lebih kurang 50 meter dari pinggir pantai berkenaan.
"Saya terus menghubungi beberapa rakan, sebelum kemudian menggerakkan empat bot untuk menangkap buaya terbabit bersama-sama tujuh rakan.
"Kami berdepan detik cemas apabila terpaksa bergelut dengan buaya itu yang bertindak agresif dan kami mengambil masa kira-kira satu jam setengah sebelum berjaya menangkapnya," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Mohd Amin berkata dia sememangnya mengetahui kewujudan buaya di pantai berkenaan sejak setahun lepas, namun tidak sebesar saiz buaya yang ditangkap hari ini.
Amin Ali, 64, pula berkata dia yang sedang menjaring ikan bersama isteri, Norizah Abdul, 54, segera menghampiri rakan-rakannya untuk membantu apabila melihat keadaan agak cemas.
Amin yang menjadi nelayan sejak 40 tahun lepas berkata kehadiran buaya di pantai itu dilihat sejak setahun lepas ketika turun ke laut, namun dia tidak pernah diganggu ketika menangkap ikan.
"Saya jumpa buaya kira-kira enam kali sebelum ini tetapi ukurannya hanyalah kecil dan sederhana sahaja... kali ini saiznya agak besar," katanya
Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BPP) Merlimau Penolong Penguasa Bomba Mohd Farid Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan penemuan buaya itu kira-kira 12.06 tengah hari tadi.
"Sejurus tiba, bomba dapati seekor buaya tembaga sepanjang 4.5 meter dalam keadaan telah diikat pada bahagian ekor dan mulut selepas berjaya ditangkap oleh nelayan.
"Pihak bomba menggunakan jentera lori dari BBP Ayer Keroh bagi menyerahkan buaya itu kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 17 2024
Reptilia itu ditemukan kira-kira 10.15 pagi lebih kurang 50 meter dari pinggir pantai berkenaan. - Foto Bernama
Faisal Halim dibenarkan jumpa anak, makan ayam penyet
Ahli Lembaga Pengarah Selangor FC, Datuk Seri Shahril Mokhtar, menjelaskan situasi terkini Faisal Halim dan doktor membenarkan anak-anaknya untuk hadir melawat daripada jarak jauh untuk meningkatkan motivasinya yang sudah hampir dua minggu dirawat di hospital.
ICJ tolak permohonan Israel tangguh prosiding bicara
Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) menolak permohonan Israel untuk menangguhkan prosiding perbicaraan kes yang dibawa oleh Afrika Selatan yang akan berlangsung pada Khamis.
Pusat perubatan Mekah tunggu untuk beroperasi
Untuk tiga tahun berturut-turut, susulan pencapaian cemerlang dalam menyediakan rawatan kesihatan kepada kumpulan jemaah haji sebelum ini, Lembaga Tabung Haji (TH) sekali lagi mendapat kebenaran untuk membuka Pusat Rawatan Madinah. Manakala Pusat Rawatan Mekah pula masih menunggu keputusan sama daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi.
Anwar mulakan lawatan rasmi ke Kazakhstan dengan kunjungan ke Masjid Besar Astana
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulakan lawatan rasmi dua hari beliau ke Kazakhstan dengan mengunjungi Masjid Besar Astana yang terletak di sepanjang Laluan Sutera di sini hari ini.
[TERKINI] DBKL diarah ambil tindakan segera elak pokok tumbang
DBKL diarah ambil tindakan segera dengan menebang pokok berisiko tinggi di Kuala Lumpur.
PM Anwar tiba di Kazakhstan, kukuhkan hubungan antara negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Kazakhstan hari ini untuk lawatan rasmi sulungnya selama dua hari, bagi mengukuhkan lagi hubungan terjalin antara kedua-dua negara.
AWANI Borneo [16/05/2024] - Ekonomi hijau | Naik 900 peratus | Kebajikan penjawat awam
Laporan berita padat dan ringkas dari Borneo bersama Assim Hassan.
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
#AWANIBorneo 16 Mei 2024
Ekonomi Hijau: Abang Jo sedia kongsi pengalaman Sarawak di Bangkok.
Elaun kehadiran ADUN Sarawak naik 900 peratus.
Isu gaji antara topik perbincangan Hajiji dan Presiden Cuepacs.
#AWANInews
Cabaran sediakan 10 tan rempah untuk hasilkan empat menu demi penuhi cita rasa 31,600 jemaah
Sebanyak 10 tan rempah-ratus pracampur dihantar ke Mekah menggunakan jalan laut bagi kegunaan pasukan penyedia makanan untuk jemaah haji Malaysia.
Badminton Terbuka Thailand: Zii Jia mara ke suku akhir
Perseorangan lelaki negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila menempah slot suku akhir Terbuka Thailand 2024.
Siapkan segera trek BMX Bukit Siol - Abdul Karim
Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah meminta kontraktor bagi projek trek BMX Bukit SIol untuk segera menyiaokannya bagi memudahkan atlet Sarawak berlatih bagi menghadapi SUKMA 2024.
Buaya tembaga dihantar ke kawasan konservasi di Paya Indah Wetlands - Perhilitan
Buaya yang diselamatkan itu dipercayai datang dari Sungai Muar dan mencari makanan di sekitar perairan Pantai Siring.
Buaya tembaga seberat dua tan ditangkap di Pantai Siring
Seekor buaya tembaga seberat dua tan dan sepanjang 4.5 meter berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring, Pulai hari ini.
APM tangkap anak buaya tembaga di Pantai PD
Anak buaya dipercayai spesies tembaga itu berjaya ditangkap kira-kira jam 1.55 pagi tadi.
Akhirnya 'Pak Itam' pergi
Buaya tersebut dipercayai mati dalam tiga hingga empat hari berdasarkan kepada keadaan fizikalnya.
Terkejut lihat buaya tembaga berjemur
Walaupun tiada kejadian tidak diingini berlaku setakat ini, namun kebimbangan itu tetap ada kerana reptilia itu sering muncul di kawasan tersebut.
Bangkai buaya tembaga tanpa gigi ditemui di Taiping
Bangkai seekor buaya tembaga dianggarkan sepanjang 4.5 meter ditemui di Sungai Trong, Kampung Kuala Trong di sini pada Jumaat.
Perhilitan berjaya tangkap 'Mamat'
Jabatan Perlindungan Haiwan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu akhirnya berjaya menangkap seekor buaya tembaga yang digelar 'Mamat' oleh penduduk tempatan.
Buaya tembaga: Perhilitan Terengganu larang orang ramai masuk ke kawasan lombong tinggal
Papan tanda larangan dan tali penghadang telah dipasang bagi memastikan orang ramai tidak mengganggu perangkap buaya.
Perhilitan pasang perangkap buaya di Sungai Pilin
Wan Mat Wan Harun berkata pihaknya mengambil serius dakwaan tersebut dan terus memantau demi keselamatan penduduk kampung.
Perhilitan buru buaya tembaga jaga sarang di muara Sungai Batu Pahat
Operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam yang ternampak buaya berkenaan beberapa kali sebelum ini.