awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
Ultras Selangor dilarang masuk stadium bagi tiga perlawanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perhilitan buru buaya tembaga jaga sarang di muara Sungai Batu Pahat

Bernama
Bernama
17/03/2021
21:04 MYT
Perhilitan buru buaya tembaga jaga sarang di muara Sungai Batu Pahat
Buaya tersebut akan ditangkap dan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai. - Gambar hiasan
BATU PAHAT: Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Johor melancarkan operasi menangkap seekor buaya tembaga betina yang dilaporkan sedang menjaga telurnya di muara Sungai Batu Pahat, dekat Kampung Parit Kangkung di sini.
Pengarah Perhilitan Johor Salman Saaban berkata operasi itu dilancarkan susulan aduan orang awam yang ternampak buaya berkenaan beberapa kali sebelum ini.
"Aduan pertama diterima pada 10 Mac lalu yang menyatakan buaya berukuran kira-kira tiga meter panjang berkenaan memasuki kebun kelapa sawit berhampiran muara sungai," katanya ketika dihubungi.
Katanya buaya tersebut akan ditangkap dan dipindahkan ke habitat yang lebih sesuai, manakala 56 bijji telurnya yang ditemukan akan dieram sebelum anak yang menetas dilepaskan ke lokasi lain.
"Ketika operasi hari ini, pihak kami cuba menangkap haiwan itu namun ia melarikan diri, mungkin terkejut dengan kehadiran ramai orang.
"Tetapi kita yakin dalam masa dua atau tiga hari lagi buaya itu akan kembali semula ke sarangnya kerana tabiat buaya akan menjaga sarang dan anak atau telurnya sehingga menetas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Batu Pahat
#operasi
#tangkap buaya
#buaya tembaga
#Perhilitan
#Sungai Batu Pahat
#telur buaya
#habitat
#kebun kelapa sawit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan