awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bubar Parlimen selepas COVID-19 diatasi - Muhyiddin

Astro Awani
Astro Awani
01/03/2021
03:33 MYT
Bubar Parlimen selepas COVID-19 diatasi - Muhyiddin
Tegas Muhyiddin, pembubaran Parlimen akan membolehkan pilihan raya diadakan sekali gus rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah. - BERNAMA
KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menasihati Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk membubarkan Parlimen selepas masalah COVID-19 diatasi.
Tegas Perdana Menteri, ia akan membolehkan pilihan raya diadakan sekali gus rakyat bebas memilih kerajaan mana yang layak untuk memerintah.
"Buat masa ini, berilah ruang kepada kerajaan untuk tumpukan sepenuh perhatian kepada usaha mengawal penularan wabak ini.
"Fokus utama kerajaan ketika ini adalah untuk memulihkan krisis kesihatan dan ekonomi di negara ini. Sejurus selepas pandemik ini berakhir, dan saya berharap ia akan berakhir secepat mungkin, saya akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen.
"Tetapi sebelum ia dilaksanakan, saya dan barisan jemaah Kabinet akan menjalankan tugas dan tanggungjawab kami. Apabila pilihan raya umum dilakukan, saya akan memberikan mandat itu kepada rakyat untuk memilih sama ada kerajaan Perikatan Nasional akan dipilih semula atau sebaliknya. Anda bebas memilih dan itu adalah demokrasi yang sebenarnya," katanya semasa Majlis Amanat Perdana Setahun Malaysia Prihatin pada Isnin.
Sebelum ini, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kerajaan akan mengambil kira situasi pandemik dan program imunisasi dalam kalangan rakyat sebelum mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 bagi mengelak tercetusnya gelombang baharu penularan COVID-19 dalam negara.
Jelasnya, pilihan raya hanya akan diadakan apabila negara benar-benar pulih daripada pandemik itu.
"Ia bagi memastikan kerajaan bertanggungjawab kepada rakyat dan saya berdoa biarlah penyakit ini berkurangan di negara kita, dan imunisasi telah dilakukan, barulah kita adakan pilihan raya," kata Hamzah.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#Suruhanjaya Pilihan Raya
#PRU
#Parlimen
#rakyat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan