awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Restoran tiada sijil halal pamer ayat al-Quran kelirukan pelanggan
Larangan pembelian RON95 kenderaan asing: MPPN sokong usaha KPDN, langkah telus
Bangunan Parlimen kini dilengkapi sistem CCTV canggih
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

"Bubar Parlimen? Tunggu... tunggu... tunggu" - Perdana Menteri

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
28/08/2022
05:08 MYT
"Bubar Parlimen? Tunggu... tunggu... tunggu" - Perdana Menteri
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob meminta seluruh rakyat menanti tarikh pembubaran Parlimen yang akan diumumkan beliau. - Gambar fail
SERDANG: "Tunggu... tunggu... tunggu."
Itu reaksi Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika ditanya oleh pemberita mengenai tarikh pembubaran Parlimen selepas beliau merasmikan Perhimpunan Perdana sambutan 60 Tahun KEMAS, di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini, pada Ahad.
Sejak kebelakangan ini, spekulasi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) akan diadakan dalam tempoh terdekat semakin hangat didebatkan.
Sebelum ini, wujud desas desus bahawa Parlimen mungkin akan dibubarkan pada November susulan pembentangan Bajet 2023 yang diawalkan pada 7 Oktober depan, berbanding tarikh sebenar.
Media melaporkan, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar mengesahkan Bajet 2023 yang sepatutnya dibentangkan pada 28 Oktober ini diawalkan tiga minggu.
Ia dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat selepas diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet.
Topic Berkaitan
#bubar parlimen
#PRU15
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan