awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Johor import tambahan 1,000 ekor lembu tenusu, tingkat kapasiti penghasilan susu di JDV
Dana latihan RM10,000 pacu bakat tempatan sektor semikonduktor Selangor
Flotila bantuan Global Sumud akan berlepas semula ke Gaza dari Barcelona pada 29 Mac
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak 12 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke sungai

Astro Awani
Astro Awani
13/12/2017
05:47 MYT
Budak 12 tahun dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke sungai
Mohammad Fareezuan dikhuatiri lemas selepas tergelincir ke Sungai Plentong di Johor Bahru.- foto Astro AWANI
Seorang budak lelaki berusia 12 tahun dikhuatiri lemas, selepas terjatuh dalam Sungai Plentong, di Kampung Seri Makmur Johor Bahru, 3.30 petang Selasa.
Mangsa, Mohammad Fareezuan Anuar, terjatuh bersama adiknya Mohammad Fahim Ikmal, 9 tahun ketika bermain di sungai itu bersama-sama enam rakan yang lain.
Kedua-dua mangsa tergelincir dan dihanyutkan air deras, namun Mohammad Fahim yang merupakan anak keempat sempat berpaut pada besi dan diselamatkan rakan yang lain.
Mohammad Fareezuan bagaimanapun gagal diselamatkan dan terus dihanyutkan air deras.
Lemas Sungai Plentong
Usaha mencari Mohammad Fareezuan giat dijalankan selepas mangsa terjatuh ke Sungai Plentong, Johor Bahru.
Sementara itu, bapa mangsa Anuar A. Rahim reda dengan apa yang berlaku, dan berharap anaknya berjaya ditemui.
"Sebagai seoramg bapa saya reda dengan apa yang berlaku ini adalah ketentuan Ilahi tetapi saya berharap dia dapat ditemui dalam keadaan selamat, tetapi kalau sebaliknya saya terima ketentuan Allah," katanya ketika ditemui di lokasi mencari dan menyelamat.
Operasi menyelamat digerakkan sejak petang semalam disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Balai Johor Jaya dan Tebrau, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Rela.
Ketua Operasi Balai Bomba Johor Jaya, Syed Nasir Syed Abu Bakar memberitahu, sehingga jam 1 petang Rabu, mangsa masih belum ditemui.
Operasi kini tertumpu sejauh lapan kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.
Topic Berkaitan
#adi-beradik
#anak
#APM
#bomba
#budak lelaki
#Budak lemas
#dihanyutkan air
#JBPM
#Johor Bahru
#lemas
#mangsa
#operasi
#reda
#RELA
#Sungai Plentong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan