Perbuatan dua beradik menghidupkan enjin kereta milik ibu mereka menyebabkan kenderaan itu merempuh sebuah kedai telekomunikasi di Jalan Vistana di sini, hari ini.
Kereta itu diletakkan di hadapan kedai berkenaan sejak 2 petang tadi, sebelum dua budak lelaki itu, yang berusia dalam lingkungan 11 hingga 12 tahun, menghidupkan enjinnya.
Seorang pekerja kedai telekomunikasi itu, Nurul Nadira Abu Hassan, 23, berkata kejadian berlaku kira-kira 3.20 petang apabila beliau dan seorang lagi pekerja sedang melayan pelanggan di situ.
"Kemudian, kami dengar bunyi enjin yang kuat, seperti orang tekan pedal minyak. Selepas itu, kereta tersebut merempuh kedai sehingga mengakibatkan separuh daripada badan kereta berada di dalam kedai," katanya kepada pemberita di lokasi kejadian.
Seorang saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Zainuddin, yang berusia dalam lingkungan 40-an, berkata ketika kejadian, beliau berada berdekatan kedai itu sebelum terdengar bunyi dentuman amat kuat.
Sejurus selepas itu, beliau melihat dua budak lelaki yang ketakutan keluar daripada kereta itu sambil memanggil ibu mereka, yang berada di tingkat atas kedai itu kerana dipercayai sedang membuat rawatan muka.
"Ibu mereka kemudian bergegas turun dan terkejut melihat kereta itu sebelum mematikan enjinnya.
"Apa yang kita tahu, ibu mereka meminta anaknya menghidupkan enjin kereta sementara menunggu dia turun...tetapi macam ini pula jadinya," kata Zainuddin.
Pengurus kedai berkenaan Md Shaifon Nizam Ahmad berkata beliau mendapat tahu mengenai kejadian itu kira-kira 3.30 petang daripada pekerja yang menelefonnya.
Kerugian dianggarkan bernilai lebih RM20,000 ekoran kerosakan teruk pada cermin utama dan perabot serta dinding kedai berkenaan, katanya yang menyerahkan kepada polis untuk membuat siasatan lanjut.
Bernama
Fri Jun 03 2016
Keadaan kedai yang mengalami kerosakan teruk setelah dirempuh sebuah kereta yang disalah kendali. - Foto Bernama
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
Banjir: Bekalan elektrik di Alor Setar, Sik pulih sepenuhnya
Bekalan elektrik di beberapa kawasan di bandar raya ini dan Sik telah pulih sepenuhnya selepas ditutup sementara susulan banjir.
Banjir: TNB nafi putuskan bekalan elektrik di Alor Setar
TNB Careline memaklumkan dakwaan berkenaan adalah tidak benar dan meminta orang ramai untuk tidak mudah percaya kepada mesej yang tidak disahkan.
Kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan lemas dalam longkang
Luluh hati seorang datuk apabila melihat cucu perempuan kesayangannya ditemukan lemas di dalam longkang di Alor Setar malam tadi.
Banjir Kedah: 'Tidak lena tidur, risau air naik...' - Penduduk
Tinjauan di sekitar Kampung Simpang Chegar Kota Setar mendapati kebanyakan kawasan sudah dilimpahi air kira-kira dua hingga tiga kaki.
Suspek kelar isteri dan anak minta izin tidur di masjid - Imam
Suspek direman bagi membantu siasatan kes pembunuhan isteri dan anaknya telah memohon untuk menumpang tidur di Masjid Al Hidayah, Bukit Pinang.
Dua mayat wanita ditemukan dalam longkang di Alor Setar
Dua mayat wanita ditemukan di dalam longkang di belakang sebuah bangunan terbiar di Lebuhraya Sultan Abdul Halim, hari ini.
Treler terbabas, 40,000 liter susu getah tumpah di lebuh raya
Jabatan Alam Sekitar Kedah sedang memantau rapi kerja-kerja pembersihan 40,000 liter susu getah yang tumpah selepas sebuah treler terbabas.
Mayat lelaki ditemui dalam longkang di Alor Setar
Orang awam yang ketika itu sedang berjalan bersama anjingnya menemui mayat dalam keadaan tertiarap di longkang pada jam 6.30 petang.
Lelaki mengaku tidak bersalah sebabkan kematian suspek samun
Tertuduh, Han Boon Hau, 33, yang bekerja di kedai aluminium bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan.
Laskar Kanan Maritim mengaku tidak bersalah 12 tuduhan rasuah
Mengikut pertuduhan, semua kesalahan didakwa dilakukan Mohd Fazli di Maybank Islamic Centre, Jalan Sultan Badlishah, Alor Setar.