awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak hilang di Besut ditemui selamat, rupanya ikut 'Mok Noh' pergi Narathiwat

Sharom Abu Bakar
Sharom Abu Bakar
03/07/2019
22:24 MYT
Budak hilang di Besut ditemui selamat, rupanya ikut 'Mok Noh' pergi Narathiwat
Sebelum ini media melaporkan kehilangan Muhammad Saiful Aiman Mohammad yang dikatakan tidak pulang setelah dia keluar untuk membeli sarapan. - Foto Nur Alert
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, ACP Razmi Mohd Gunnos berkata mangsa dijumpai selamat kira-kira jam 12.20 tengahari pada Rabu.
Dengan penemuan itu pihak polis sekaligus menafikan wujudnya unsur penculikan terhadap pelajar yang berusia sembilan tahun itu.
Beliau berkata hasil siasatan awal pelajar tahun tiga Sekolah Kebangsaan Kuala Besut Dua itu mengikut rakan sekerja ibunya ke selatan Thailand.
Bagaimanapun wanita yang berusia 60-an itu tidak memaklumkan kepada ibu mangsa untuk membawa pulang anaknya ke kampungnya di Narathiwat, Thailand.
Selepas mengetahui berita kehilangan itu keluarga warga emas itu membawa mangsa pulang dan menyerahkan kepada pihak polis.
Razmi berkata pihaknya akan memanggil wanita yang dikenali sebagai Mok Noh itu bagi membantu siasatan.
Sebelum ini media melaporkan kehilangan Muhammad Saiful Aiman Mohammad yang dikatakan tidak pulang setelah dia keluar untuk membeli sarapan kira-kira 9 pagi pada Isnin lalu.
Ibunya Siti Ruziana Sidek, 35, keluar bekerja di tempat memproses ikan di Kampung Pachakan mendapati Aiman tiada di rumah apabila dia pulang ke rumah pada petang Isnin.
Topic Berkaitan
#Besut
#diculik
#hilang
#jenayah
#Kuala Besut
#Mok Noh
#Muhammad Saiful Aiman Mohammad
#Narathiwat
#pelajar hilang
#Thailand
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan