awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mesej Krismas Raja Charles: Tekankan perpaduan dalam kepelbagaian komuniti
Turkiye tahan 115 suspek Daish rancang serangan tahun baharu
Jangan lihat kuasa pengampunan Agong daripada kaca mata politik, kehendak massa semata-mata - Pakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak lelaki maut nahas tiga kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
03/05/2025
02:00 MYT
Budak lelaki maut nahas tiga kenderaan
Keadaan kemalangan yang melibatkan tiga kenderaan KM 44.2 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat. - Foto IPD Kota Tinggi
KOTA TINGGI: Seorang kanak-kanak lelaki maut manakala sembilan lagi cedera dalam nahas melibatkan tiga kenderaan di Kilometer (KM) 44.2 Jalan Johor Bahru-Mersing pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Yusof Othman berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan tersebut sekitar jam 7.50 malam membabitkan kereta jenis Proton Saga, kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza dan kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Corolla Cross.
Menurutnya, siasatan mendapati kereta Proton Saga dipandu seorang wanita tempatan berusia 47 tahun bersama dua penumpang, iaitu ibunya berusia 87 tahun dan anak lelakinya berusia tujuh tahun.
"Perodua Alza pula dipandu seorang lelaki tempatan berusia 34 tahun bersama lima penumpang berusia antara tiga hingga 54 tahun, manakala Toyota Corolla Cross dipandu seorang lelaki tempatan berusia 33 tahun.
“Kemalangan dipercayai berlaku apabila pemandu Proton Saga, yang dalam perjalanan dari arah Rompin ke Kota Tinggi, hilang kawalan sebelum memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan Perodua Alza serta Toyota Corolla Cross,” katanya.
Yusof berkata, akibat pertembungan itu, penumpang belakang Proton Saga iaitu kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.
"Kesemua pemandu dan penumpang Perodua Alza serta Toyota Corolla Cross dilaporkan mengalami kecederaan dan telah dirujuk ke Hospital Kota Tinggi bagi mendapatkan rawatan lanjut," katanya
Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan
#budak lelaki maut
#sembilan cedera
#Jalan Johor Bahru-Mersing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan