awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Neelofa ‘belanja’ wajah Bilal
Pasukan keselamatan Pakistan bunuh 145 pejuang di Balochistan selepas siri serangan berdarah
Iran dan AS akan adakan perbincangan nuklear Jumaat ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Budak perempuan antara suspek curi cincin berlian RM5.2 juta

Bernama
Bernama
18/01/2014
00:34 MYT
Budak perempuan antara suspek curi cincin berlian RM5.2 juta
Polis menubuhkan pasukan khas bagi mengesan tiga wanita dan seorang budak perempuan, dipercayai warga asing, kerana melarikan sebentuk cincin berlian bernilai kira-kira RM5.2 juta, Khamis.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur ACP Khairi Ahrasa berkata pasukan itu, yang diketuai beliau sendiri, sedang mengenal pasti identiti suspek termasuk meneliti rakaman kamera litar tertutup.
"Polis percaya kesemua suspek masih berada di negara ini, dan polis sedang menjalankan operasi besar-besaran untuk menahan suspek," katanya ketika dihubungi Bernama Jumaat.
Insiden itu berlaku pada kira-kira 3 petang di pusat jualan barangan kemas eksklusif di pusat beli-belah terkemuka Bukit Bintang apabila kesemua suspek masuk ke premis berkenaan untuk melihat barang kemas.
Budak perempuan berusia lingkungan lapan hingga 10 tahun dipercayai mengambil kunci laci dan mencuri cincin berlian itu sebelum meletakkan semula kunci berkenaan di tempat asal.
Khairi berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan suspek diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.
Topic Berkaitan
#curi cincin berlian
#kanak-kanak perempuan
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan