Skip to main content

Malaysia

Buih di Lebuhraya KESAS dipercayai daripada sisa sabun - Polis

[TB]_Tumpahan cecair lebuhraya_x @llminfotrafik
LLM mengesan tumpahan cecair di KM30.5 Lebuhraya KESAS arah Timur (Susur Ramp A Kota Kemuning) pada 4.27 petang 3 Sept 2026. - Foto LLM
Advertisement

SHAH ALAM: Kemunculan buih di Lebuhraya Shah Alam (KESAS) dari Kilometer (KM) 30 hingga KM30.5 arah Klang ke Kuala Lumpur di sini semalam dipercayai berpunca daripada sisa tumpahan sabun.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Sarudin Samah berkata ia dipercayai tumpah dari sebuah lori pada 24 Ogos lepas di susur Kota Kemuning sebelum masuk ke Lebuhraya KESAS menghala ke Klang.

“Pihak bomba juga telah mengambil tindakan dengan menabur serbuk kayu di sepanjang sisa sabun yang tumpah di lokasi pada hari sama.

“Bagaimanapun, hujan lebat hari ini menyebabkan sisa tumpahan sabun berkenaan mengeluarkan sejumlah buih sepanjang kira-kira 500 meter,” katanya dalam kenyataan semalam.

Sarudin berkata susulan kejadian itu, pihak konsesi lebuh raya telah mengambil inisiatif melakukan kerja pembersihan kali kedua dan selesai pada 4.58 petang.

Terdahulu tular beberapa rakaman video di media sosial yang memaparkan buih dapat dilihat di sebahagian kawasan Lebuhraya KESAS semalam.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement