Kapsul masa Wawasan 2020 yang pernah ditanam Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri keempat di Melaka hendaklah dibuka dan amanat tersebut dibacakan kepada generasi hari ini.
Tan Sri Rahim Tamby Chik berkata, perlu bagi pihak berkuasa, kerajaan negeri dan Muzium Melaka mengambil inisiatif tersebut bersama Muzium Negara dan Arkib Negara.
Majlis itu kelak boleh dijadikan seperti sebuah Deklarasi Nasional, kata Pengerusi Yayasan Penggerak Wawasan (YPW) itu yang merupakan bekas Ketua Menteri Melaka.
“Amanat yang hendak disampaikan adalah, kecemerlangan pada masa itu akan dibaca. Ia macam wasiat. Dahulu, masa saya jadi Ketua Menteri Melaka, wasiatnya bahawa amanat dalam kapsul ini hendaklah dibacakan kepada rakyat Malaysia dalam tahun 2020.
“Jadi kalau majlis membaca amanat ini dapat digerakkan seperti satu program patriotisme negara, ia satu sejarah dengan Perdana Menteri keempat dan ketujuh yang sama.
“Saya amat sukacita dan berterima kasih kalau kerajaan negeri dan agensinya seperti Muzium Melaka atau agensi persekutuan seperti Muzium Negara dan Jabatan Warisan dapat merealisasikan impian Dr Mahathir itu,” katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Kapsul masa Wawasan 2020 itu kini berada di Kompleks Dataran Pahlawan Melaka.
Khabarnya, terdapat tiga kapsul masa yang ditanam para pemimpin negara 28 tahun dahulu.
Selain kapsul masa Dr Mahathir di bangunan The Mall Kuala Lumpur yang akan dibuka pada 2087, dua lagi dimuatkan mesej Datuk Seri Anwar Ibrahim (pada ketika itu Menteri Pendidikan Malaysia) dan Tun Daim Zainuddin (Menteri Kewangan).
Kedua-duanya ditanam sekitar Bursa Malaysia.
Dr Mahathir juga telah menanam satu lagi kapsul masa di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa menjawat jawatan Perdana Menteri.
BACA: Wawasan 2020 gagal, Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 mampu dicapai - PM
BACA: Satu kapsul Tun M sepatutnya dibuka pada 31 Mei 2018 tapi apa mesejnya?
Dalam pada itu, Rahim yang menjadi Ketua Menteri Melaka dari 1982 sehingga 1994 berkata, pelbagai pemberian replika daripada kerajaan Portugal termasuk meriam, pedang dan tombak yang diterimanya dahulu kini diletakkan di Sudut Melaka di dalam muzium negeri.
Ujarnya, sejarah itu termasuk dua penulisan lama Portugis yang mengisahkan suasana Melaka pada masa ia menakluk negeri itu satu masa dahulu, yang dikatakan sudah hilang.
“Sejarah pada masa kini cuma bergantung kepada Belanda dan Inggeris iaitu selepas 100 tahun Portugis menakluk Melaka.
"Kalau dapat yang asli (semasa zaman Portugal) akan memberi gambaran yang lebih jelas, lebih tepat mengenai kehebatan masyarakat Kesultanan Melayu Melaka pada masa itu yang boleh digambarkan oleh penulisan lama ini.
“Ia kehilangan besar dari segi kebudayaan dan sejarah kita sendiri kerana kehilangan penulisan yang dikatakan lenyap apabila dibawa ke negara ini selepas ada usaha ia untuk dimikrofilemkan di Muzium Negara atau Arkib Negara dahulu,” jelasnya.
Tambahnya, pada masa itu, kerajaan juga dikatakan menghantar dua individu ke Portugal untuk belajar menterjemahkan isi kandungan penulisan berkenaan sebelum ia dikatakan hilang.
“Jadi saya gesa pada tahun baharu ini, kerajaan perlu mencari semula dokumen itu. Walaupun jika perlu diadakan suruhanjaya siasatan diraja (RCI) untuk mencari siapa sebenarnya yang bertanggungjawab menghilangkan dan langkah mendapatkan semula apa yang sudah diberikan kepada negara,” tegasnya.
BACA: Perlu kerjasama buru harta Flor De La Mar
BACA: Di manakah kapsul masa yang ditanam Tun Mahathir di The Mall pada 1987?
Mengulas isu berkaitan, Rahim berkata, pencarian misteri harta karun milik kerajaan Melaka di bangkai kapal milik tentera Portugis, Flor De La Mar perlu diteruskan.
Flor de la Mar, Frol de la mar, atau Flor do Mar (Si Kuntum Laut) adalah kapal milik Portugis yang boleh menjangkau berat sehingga 400 tan.
Kapal ini telah menyertai pelayaran lebih dari 9 tahun di Lautan India sehingga akhirnya dilaporkan karam pada November 1511 bersama harta rampasan dari Melaka.
Tambahnya, usaha pencarian kapal berkenaan perlu dteruskan kerana ia amat bernilai selain menggambarkan keagungan Tamadun Melayu di Nusantara.
Rahim juga berkata, pernah mencadangkan pembinaan sebuah muzium besar di Padang Pahlawan Melaka untuk mempamerkan apa sahaja yang ditemui di dalam kapal berkenaan kepada umum.
Dalam pada itu, Rahim turut berharap kerajaan dapat membincangkan semula usaha pembinaan semula Kota A Famosa seperti yang pernah dicadang Yayasan Gulbankien yang bertapak di Lisbon.
“Ketika saya saya menjadi ketua menteri, yayasan ini bersetuju untuk membina semula tembok-tembok asli Kota A Famosa seperti dahulu dan pembiayaan ini dibuat oleh mereka.
“Namun pada masa itu ada sedikit salah faham tentang pembinaan ini dari segi reka bentuk, persefahaman awal ini tergantung tetapi demi memajukan pelancongan diharap ia dapat dirunding semula.
“Saya berharap isu ini pemdapat perhatian kerajaan Melaka dan Persekutuan demi kemajuan sektor pelancongan,” jelasnya.
Tambahnya, Melaka juga sudah mempunyai perjanjian strategik bandar berkembar dengan Lisbon dengan ciri sama bangunan merah di tepi sungai.
Astro Awani
Wed Jan 01 2020
Kapsul masa Wawasan 2020 berada di Kompleks Dataran Pahlawan Melaka selain satu lagi di dasar Monumen Millenium di Putrajaya semasa Dr Mahathir menjawat jawatan Perdana Menteri keempat. - Gambar Astro AWANI
Mengenang Ananda | Legasi perniagaan: Merentas pelbagai sektor industri
Pemergian Ananda Krishnan meninggalkan legasi perniagaan yang membanggakan Malaysia. Individu berwawasan tinggi ini menjadi pemacu pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui pembinaan KLCC, penubuhan Maxis, Astro, Bumi Armada dan Measat.
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Anwar ajak orang ramai ikuti amanat khas 'Membangun Malaysia Madani' esok
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak orang ramai mengikuti dan memahami amanat 'Membangun Malaysia Madani' yang akan disampaikan beliau esok secara langsung.
Sukan Olimpik: Kerajaan harap Negaraku berkumandang di Tokyo - TPM
Ismail Sabri menyematkan amanat buat atlet negara agar mengukir kejayaan dalam Sukan Olimpik Tokyo minggu depan.
Semangat Krismas akan dapat dipertahan biarpun berdepan COVID-19
Hishammuddin menasihatkan mereka yang menyambut perayaan itu agar menitikberatkan pematuhan SOP untuk keselamatan bersama.
PM sampaikan amanat khas mengenai PKPP 8 malam ini
Perutusan akan disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen Radio Televisyen Malaysia (RTM), Bernama TV, TV3 dan Astro Awani.
Muhyiddin bakal sampai amanat sulung pada Hari Peneroka Felda
Ucapan Perdana Menteri bukan sahaja akan disiarkan secara langsung menerusi televisyen tetapi juga melalui penstriman langsung di semua 11 wilayah Felda.
Buka kapsul masa Wawasan 2020, sampaikan amanat kepada rakyat - Rahim
Kapsul masa Wawasan 2020 yang pernah ditanam Tun Dr Mahathir Mohamad semasa menjadi Perdana Menteri keempat di Melaka hendaklah dibuka dan amanat tersebut perlu dibacakan kepada generasi hari ini.
Pastikan agenda reformasi PH bebas daripada fahaman sempit - Anwar
Presiden PKR itu mahu barisan kepimpinan PH membaiki segala kelemahan selain menambah baik penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.
Dr Haron Din mahu dikebumi di tempat meninggal
Pesuruhjaya PAS Perlis Mohd Shukri Ramli berkata, Mursyidul Am PAS itu telah menyampaikan pesanan tersebut di Pusat Rawatan Darussyifa di Santan sebelum berlepas ke AS pada 10 September.