awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menantu, bapa mentua dihukum penjara kesalahan rompak, pecah rumah
Aplikasi Daun dikemas kini dengan antara muka baharu, tersedia untuk Android dan iPhone
Peguam ditahan disyaki subahat seludup dadah ke penjara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka Parlimen: Tiada niat untuk melengahkan pembukaan sidang - PM

Astro Awani
Astro Awani
20/06/2021
09:46 MYT
Buka Parlimen: Tiada niat untuk melengahkan pembukaan sidang - PM
Muhyiddin berharap rakyat faham akan situasi semasa serta aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata beliau tiada niat untuk melengahkan pembukaan persidangan Parlimen.
Pada masa sama, Muhyiddin turut berharap rakyat faham akan situasi semasa serta aspek-aspek penting yang perlu diberi perhatian.
"Saya harap rakyat faham, ini bukan soal hendak menafikan hak Ahli-ahli Parlimen ataupun hendak sanggah kenyataan Yang di-Pertuan Agong atau Raja-Raja.
"Saya faham, tanggungjawab sebagai Perdana Menteri adalah besar, tetapi saya kena berlaku adil supaya jangan nanti timbul isu-isu atau masalah di kemudian hari yang menyebabkan kerajaan tidak boleh menguruskan soal-soal sebegitu.
BACA: Buka Parlimen: Kaedah sidang ditentukan jawatankuasa bersama - PM
"Ini satu perkara yang harapnya rakyat akan faham dan tunggu," katanya kepada media selepas melakukan lawatan ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada Ahad.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata beliau tidak takut untuk membuka Parlimen, sebaliknya kini memfokuskan usaha menangani masalah yang sedang dihadapi ketika ini.
"Saya bukan sengaja cari jalan hendak tangguhkan, takut ada usul undi tidak percaya, saya tidak pernah takut.
"Saya sudah dekat 40 tahun lebih dalam Parlimen. Itu semua Allah tentukan, menang atau kalah jadi kerajaan, tak jadi kerajaan.
"Apa yang penting ketika ini adalah kita nak tumpu selesaikan soal yang kita hadapi sekarang ini," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Muhyiddin Yassin
#Pusat Pemberian Vaksin
#PPV
#undi tidak percaya
#vaksin
#Parlimen
#Buka Parlimen
#SOP buka Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan