awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
750 juta orang berdepan ketidak jaminan makanan global - IFAD
Gunung Marapi di Indonesia meletus, sembur abu setinggi 600 meter ke udara
Pengawal selia Jerman denda Amazon AS$67 juta berikutan amalan penetapan harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buka sempadan negara bulan depan? Kabinet akan putuskan - Hishammuddin

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
10/02/2022
09:07 MYT
Buka sempadan negara bulan depan? Kabinet akan putuskan - Hishammuddin
Hishammuddin yang diiringi Ackbal turut dibawa menaiki helikopter AW 139 selama 20 minit. - Gambar/ Astro AWANI
BUTTERWORTH: Pembukaan sempadan negara tidak boleh dibuat secara semberono, sebaliknya perlu dibincangkan dan dimuktamadkan dalam mesyuarat Kabinet sebelum sebarang keputusan diambil.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, beliau mengalu-alukan saranan Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN), Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya sempadan negara dibuka seawal 1 Mac depan untuk memulihkan semula ekonomi dan sektor pelancongan.
Bagaimanapun ujarnya, keputusan sama ada sempadan negara wajar dibuka atau tidak pada tarikh berkenaan perlu dimuktamadkan terlebih dahulu dalam mesyuarat Kabinet.
"Kita mengalu-alukannya (cadangan pembukaan sempadan) tetapi keputusan tak boleh dibuat di peringkat ini... kena tunggu perkara ini dibawa ke Kabinet atau Jawatankuasa Khas yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri," katanya.
Hishammuddin berkata demikian pada Majlis Pengenalan Pesawat AW 139 di No 3 Skuadron Pangkalan Udara Butterworth (PUB), di sini, pada Khamis.
Beliau yang diiringi Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Ackbal Abdul Samad turut dibawa menaiki helikopter tersebut selama 20 minit.
Cadangan Buka Sempadan | Apa kata pemain industri pelancongan?
Pada Selasa, MPN mengesyorkan kerajaan membuka sepenuhnya sempadan negara seawal 1 Mac ini tanpa keperluan kuarantin wajib.
Muhyiddin berkata, syor itu yang dikemukakan dalam mesyuarat MPN antara langkah penting bagi menyokong pemulihan negara khususnya dalam sektor ekonomi dan pelancongan, serta mampu menarik pelabur asing ke negara ini.
Namun menurut beliau, pembukaan sempadan negara perlu dilaksanakan secara terancang berdasarkan penilaian risiko semasa penularan COVID-19 dalam negara.
Topic Berkaitan
#pembukaan sempadan negara
#MPN
#Hishammuddin Hussein
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan