SEPANG: Setelah lebih dua tahun berada dalam keadaan suram akibat pandemik COVID-19, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini kembali meriah dengan kedatangan pengembara dari seluruh dunia.
Pada pukul 10.14 pagi, Malaysia menyambut ketibaan pesawat antarabangsa dari Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) yang mendarat di KLIA dengan sambutan meriah dan penuh simbolik sempena pembukaan semula sempadan negara bermula 1 April.
Pesawat ETIHAD EY0418 yang dinaiki 283 penumpang dan kru dari Eropah, Asia Barat serta rakyat tempatan disambut dengan semburan air sebagai gimik selamat datang ke Malaysia.
Kedatangan mereka turut disambut oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri.
Sementara itu, Nancy memberitahu, seramai 10,000 pengembara asing dijadualkan tiba menerusi lapan pintu masuk udara pada hari pertama Fasa Pperalihan ke Endemik.
Beliau memberitahu, kementeriannya menyasarkan kehadiran kira-kira dua juta pelancong asing pada tahun ini dengan keuntungan melebihi RM6.8 bilion
"Sebenarkan kita meletakkan sasaran dua juta pelancong asing tahun ini. Namun saya optimis dapat mengubah angka itu dalam tempoh terdekat dengan kemasukkan pelancong dari Singapura sendiri merekodkan satu juta dalam masa dua minggu.
"Pada masa yang sama kita ada kemasukan pesawat dari negara-negara lain. Saya rasa optimis dan akan terus memantau angka ini dalam tiga bulan yang akan datang.
"Saya optimis dalam memastikan angka itu meningkat dan kita juga mula dengan 'iklim' baharu memastikan pelancong benar-benar menikmati percutian mereka di sini dan sudah tentu membelanjakan wang," katanya pada sidang media di KLIA di sini.
Sementara itu Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) kementerian itu, Datuk Zakaria Shaaban berkata, Jabatan Imigresen membuka 50 peratus kaunter di pintu masuk udara di lapangan terbang antarabangsa seluruh negara apabila sempadan mula dibuka hari ini.
Beliau berkata, sebanyak 183 kaunter Imigresen di pintu masuk udara dibuka hari ini, selain 151 pintu keluar beroperasi.
Pembukaan 50 peratus kaunter itu membabitkan KLIA, klia2, Kota Kinabalu, Kuching, Miri, Langkawi, Bayan Lepas, Pulau Pinang dan Senai di Johor.
"Pintu masuk udara dan darat itu akan dibuka mengikut keperluan semasa dan bergantung kepada jumlah ketibaan pengembara dari luar negara," ujarnya.
Terdahulu, pesawat Saudi Airlines dari Jeddah, Arab Saudi yang membawa jemaah umrah tempatan menjadi pesawat pertama mendarat di KLIA kira-kira 1 pagi Jumaat.
Sementara itu, sebuah pesawat sewa khas dari Yangon, Myanmar yang membawa 21 penumpang pula tiba kira-kira 3.15 pagi di KLIA.
AirAsia, antara syarikat penerbangan utama di klia2, memaklumkan terdapat 12 penerbangan antarabangsa yang dikendalikannya hari ini iaitu dari Kemboja, Vietnam, Indonesia, Singapura, Thailand, Bangladesh, Filipina dan India.
Penerbangan antarabangsa AirAsia pertama yang mendarat di klia2 pada Jumaat ialah AK52 dari Bengaluru, India pada kira-kira 6.20 pagi.
Berdasarkan jadual penerbangan yang telah difailkan, dua terminal di KLIA akan menerima 110 penerbangan, antaranya adalah dari Hong Kong, Melbourne, New Delhi, Doha, Istanbul dan London.
Umavathi Ramayah
Fri Apr 01 2022

Pesawat ETIHAD EY0418 yang dinaiki 283 penumpang dan kru dari Eropah, Asia Barat serta rakyat tempatan disambut dengan semburan air sebagai gimik selamat datang ke Malaysia. - Gambar Astro AWANI

KPKM komited transformasi sektor pertanian lebih moden, dinamik
Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) komited untuk mentransformasikan sektor pertanian menjadi lebih moden, dinamik dan berdaya maju.
Rafizi setuju berdebat dengan Nurul Izzah
Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) bersetuju untuk berdebat dengan Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar bagi meredakan suhu yang memanas pada ketika ini dalam kalangan penyokong kedua-dua calon dalam pemilihan PKR pada ketika ini.
Sanusi sahkan terima jemputan rasmi hadiri LIMA '25
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sahkan menerima jemputan rasmi untuk menghadiri semua acara sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA '25) yang bakal berlangsung dari 20 hingga 24 Mei ini.
Berkempen secara terbuka selari dengan semangat reformasi - Rafizi
v
Pengarah eksekutif antara tiga individu direman SPRM
Tiga individu termasuk seorang bekas pengarah eksekutif ditahan reman kerana disyaki bersubahat menggunakan dokumen mengandungi butir matan palsu bagi tujuan tuntutan berjumlah kira-kira RM2.5 juta.
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
Rafizi setuju berdebat, Izzah pula tolak mahu elak pergeseran
My Asli mahu kerajaan iktiraf jurubahasa isyarat sebagai kerjaya rasmi
Persatuan Jurubahasa Isyarat Malaysia (My Asli ) mahu Kerajaan mengiktirafkan Jurubahasa Isyarat sebagai kerjaya profesional sejajar dengan peranan mereka menjadi penghubung komunikasi antara komuniti pekak dan masyarakat umum dinegara ini.

Rusia lihat wujud prospek usaha sama dengan Malaysia dalam minyak & gas, tenaga - Putin
Presiden Rusia Vladamir Putin berkata beliau melihat wujudnya prospek bagi usaha sama antara Rusia dan Malaysia dalam bidang gas asli dan tenaga nuklear.
PM Anwar undang Putin hadiri sidang kemuncak
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundang Presiden Rusia Vladimir Putin untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur yang merupakan sebahagian daripada mesyuarat peringkat tinggi Sidang Kemuncak ASEAN pada Oktober ini.
Syarikat penerbangan Rusia dipelawa sambung semula penerbangan ke Malaysia
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mempelawa dan mencadangkan agar syarikat penerbangan Rusia, termasuk Aeroflot, memulakan semula laluan penerbangan langsung ke Malaysia secepat mungkin.

Wanita perlu peka, fahami teknologi AI - Nancy
Golongan wanita perlu peka dan faham mengenai perkembangan teknologi terbaharu seperti kecerdasan buatan (AI).

Nancy minta semua pihak berani bersuara menentang gangguan seksual
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri meminta semua pihak untuk berani bersuara menentang gangguan seksual.

Nancy pertahan kenyataan Ketua Polis Kelantan, data berdasarkan siasatan... bukan andaian
Datuk Seri Nancy Shukri mempertahankan tindakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung pengeluaran data kes jenayah seksual dan narkotik di Kelantan.

PERANTIS tangani penurunan perwakilan wanita - Nancy
Kemerosotan perwakilan wanita Malaysia dalam politik bukan disebabkan oleh kekurangan sokongan dalam parti tetapi budaya politik yang telah lama diamalkan.

KPWKM perluas program semai patriotisme, sokong pemakaian lencana Jalur Gemilang - Nancy
KPWKM bercadang memperluas pelaksanaan program menyemai semangat patriotisme, sebagai sokongan kepada inisiatif pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh pelajar.

Pendidikan seks perlu pendekatan menyeluruh - Nancy Shukri
Pendidikan seks di Malaysia perlu diberi perhatian lebih serius, dengan pendekatan menyeluruh melibatkan sekolah, ibu bapa dan pelbagai agensi kerajaan, kata Nancy.

PM Anwar hadir rumah terbuka Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sempat menghadiri Majlis Rumah Terbuka anjuran Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Nancy Shukri di Wisma SABATI di sini, dal

KPWKM teruskan program advokasi kanak-kanak di 300 sekolah tahun ini
KPWKM melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat akan meneruskan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: KASIH Kanak-Kanak di 300 sekolah seluruh negara.

Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025: KPWKM anjur 16 program
Hasil perbincangan diharap dapat memberi input berimpak tinggi dalam membentuk persekitaran lebih selamat dan sejahtera untuk kanak-kanak.

Kebakaran gas Putra Heights: 235 penduduk terima kaunseling - Nancy Shukri
Seramai 235 penduduk terjejas dalam insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights di sini, mendapatkan khidmat kaunseling setakat pagi Isnin.