IPOH: Seramai 1,730 orang remaja perempuan di negeri ini menghadapi masalah kemiskinan haid, yang merujuk kepada maksud tidak mampu memiliki tuala wanita akibat faktor kewangan.
Masalah kemiskinan haid ini tidak wajar dianggap sebagai isu tabu susulan ia mengganggu aktiviti harian mereka yang terbabit, selain menyebabkan para pelajar ini berdepan situasi keciciran sekolah.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kebajikan Masyarakat negeri, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid seperti kekangan akses untuk mendapatkan bekalan tuala wanita dan kebersihan serta fasiliti untuk wanita menukar tuala wanita.
"Aspek itu termasuk halangan infrastruktur dari segi penyediaan air bersih, isu privasi dan tempat buangan tuala wanita, kurang pengetahuan dalam ilmu pengurusan haid dan Pendidikan Kesihatan Reproduktif.
"Kajian yang lebih tepat sedang dikumpul oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) negeri bersama Sekretariat Wanita Perak.
"Ia melibatkan pelbagai jaringan rakan strategik kolaborasi daripada agensi kerajaan, swasta dan NGO terutamanya menerusi sekolah- sekolah, agar faktor yang menyumbang kepada kemiskinan haid dapat dikaji dan memberi langkah terbaik untuk jangka masa panjang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Wong May Ing (DAP-Pantai Remis) pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak di sini pada Jumaat.
Dr Wan Norashikin berkata antara langkah awal yang diambil ialah LPPKN melaksanakan Program Pendidikan Kesihatan Reproduktif melalui Program Advokasi KafeTEEN@PIK dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM).
Ia bagi menyebarkan maklumat pengurusan haid kepada 576 peserta perempuan di peringkat sekolah rendah dan menengah dengan sasaran umur 8 tahun hingga 24 tahun yang diadakan secara dalam talian (webinar).
Katanya, Sekretariat Pembangunan Wanita dan Masyarakat Perak (Wanita Perak) juga menganjurkan program Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Seksual melibatkan 12 siri webinar.
Jelasnya lagi kerajaan negeri bersama Sekretariat Wanita Perak merancang menganjurkan program pemberian Kit Asas Kebersihan Wanita bagi membantu mereka yang mengalami kesukaran, kekurangan atau ketiadaan untuk mendapatkan kelengkapan haid seperti tuala wanita.
"Inisiatif ini untuk memperkasa remaja wanita terutamanya golongan B40 sama ada dalam atau luar bandar serta masyarakat Orang Asli, agar meningkatkan ilmu pendidikan dan advokasi kesihatan reproduktif semasa haid agar lebih yakin dan mengurangkan tekanan dikalangan remaja," katanya.
Sementara itu, ADUN Trong Jamilah Zakaria turut bertanyakan soalan tambahan tentang kesedaran ibu bapa berhubung isu tersebut, selain menyentuh topik haid yang masih dianggap tabu dalam masyarakat.
"Kemungkinan besar ia (haid) merupakan perkara yang masih tabu dalam masyarakat, jadi bagaimana kita nak mendidik agar keluarga tersebut boleh bincangkan perkara ini secara bersama.
"Sekarang zaman dah lain, jadi perkara ini perlu lebih terbuka dan kita bawa perbincangan dalam keluarga," kata Jamilah.
Dr Wan Norashikin turut bersetuju untuk mempertimbangkan cadangan menyediakan tuala wanita yang lebih mesra alam serta berkos rendah.
"Cadangan yang dibawa YB Trong itu memang sangat baik, kita mendapati tuala wanita mesra alam dan kitar semula sangat baik serta praktikal.
"Kerajaan negeri akan melihat peluang ini untuk menggunakan skil wanita untuk mencipta peluang perniagaan untuk diusahakan dalam menghasilkan pad kitar semula, boleh dicuci dan dipakai semula," katanya.
Aida Aziz
Fri Dec 17 2021
Wan Norashikin berkata antara elemen yang mempengaruhi kemiskinan haid seperti kekangan akses untuk mendapatkan bekalan tuala wanita. - Astro AWANI
Bersatu tetap dengan pendirian enam ahli parlimen hilang kerusi
Sementara itu, Muhyiddin menegasan Bersatu tetap dengan pendirian bahawa enam ahli parlimennya yang menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal hilang kerusi berdasarkan Pindaan Perlembagaan parti itu yang sudah diluluskan pendaftar pertubuhan (ROS).
Penduduk Kampung Gas bakal dipindahkan ke PPRT tahun ini
Penantian penduduk Kampung Gas, Batu Sapi selama enam tahun bakal berakhir selepas bakal menerima kediaman menerusi Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) selewat-lewatnya tahun ini.
Bangunkan AI tingkatkan sosio ekonomi usahawan kecil
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Datuk Mohd Yusof Apdal berkata pihaknya dalam proses melihat peluang dan ruang untuk memperkenal teknologi terbaru dalam bidang teknologi dan terkini kecerdasan buatan (AI) yang akan membawa kesan positif kepada sosio-ekonomi rakyat.
Kursus aeroangkasa akan diperkenalkan di i-CATS
Kursus kejuruteraan aero angkasa akan diperkenalkan oleh Kerajaan Sarawak di Kolej Universiti (i-CATS)
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia, Majlis Ulama Asia 2024 diadakan 7 dan 8 Mei ini
Persidangan Ketua-Ketua Agama Sedunia dan Majlis Ulama Asia 2024 akan diadakan pada 7 dan 8 Mei ini.
Kes tembakan Pasir Mas: Mangsa dan suspek saling mengenali - Polis
Polis mendedahkan bahawa mangsa dan suspek kes tembakan di Kampung Alor Pinggan, Kampung Gelang Mas, Pasir Mas, semalam, saling mengenali.
Bekas pelumba Forca Amskins juara edisi ketiga L'Etape Malaysia
Bekas pelumba basikal Forca Amskins Racing Mohamed Hafiz Abdul Hamid menjuarai kategori Elit lelaki edisi ketiga kejohanan berbasikal L'Etape Malaysia 2024 hari ini.
MAIWP peruntuk RM30.6 juta untuk skim BKB di Labuan
MAIWP Labuan telah memperuntukkan RM30.6 juta untuk Skim Bantuan Kewangan Bulanan (BKB) yang memberi manfaat kepada 5,406 ketua keluarga.
Fokus Minggu Depan: PRK KKB, sentimen semasa pengundi…
Ikuti kupasan Pengurus Kanan Penyelidikan Institut Darul Ehsan (IDE), Khairul Arifin, dan wartawan Astro AWANI, Firdaus Azil mengenai tinjauan semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu.
Banjir pulih, PPS Kota Tinggi ditutup
Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Bukit Lintang yang dibuka untuk kemudahan mangsa banjir di persekitarannya semalam telah ditutup pada pukul 2.30 petang tadi.
Usahawan Malaysia terima anugerah 'Commonwealth Points of Light'
Anja Juliah menerima sijil yang ditandatangani mendiang Ratu Elizabeth II sebagai Ketua Komanwel sebelum pemergiannya.
Haid: Pendidikan penting untuk semua jantina
Seorang daripada dua remaja perempuan ingin ponteng sekolah apabila mereka datang haid, menunjukkan haid masih menjadi halangan mental untuk melakukan aktivit harian.
Bukan lagi isu taboo, 1,730 remaja perempuan berdepan kemiskinan haid
Masalah kemiskinan haid ini tidak wajar dianggap sebagai isu taboo susulan ia mengganggu aktiviti harian mereka yang terbabit.
Jangan 'tutup mata' isu kemiskinan haid - Pakar
Ada pelajar perempuan di negara ini sanggup ponteng sekolah semata-mata kerana tidak selesa dan malu kerana tidak mampu membeli tuala wanita.
Pemeriksaan haid: KPM tubuh jawatankuasa bebas tangani aduan
Jawatankuasa itu bukan sahaja meneliti kes tersebut malah kes-kes berkaitan pada masa akan datang.
KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.
'Pemeriksaan datang bulan' satu bentuk gangguan seksual - Pakar psikologi
Ini kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan.
'Pemeriksaan datang bulan' tidak sepatutnya berlaku - Rina
Menyiasat pelajar perempuan sama ada datang haid atau sebaliknya merupakan sesuatu yang tidak boleh diterima pada akal fikiran manusia.
Netizen kecoh, emoji 'datang bulan' bakal dilancar
Emoji datang bulan akan dilancarkan tidak lama lagi, selepas kempen mengenainya menggunakan hashtag #PeriodEmoji giat dijalankan
Usah ragu-ragu status haji kerana kedatangan haid
Ramai jemaah wanita beranggapan bahawa ibadah wukuf di Arafah dan melontar di Jamrah memerlukan mereka untuk suci daripada haid terlebih dahulu.