PENULARAN isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan. Perbuatan ini langsung tidak mencerminkan peradaban Islam yang rahmat kepada sekalian alam. Rahmat di dalam konteks ini ialah sifat kasih sayang yang ada pada diri seseorang, yang akan menghindarkannya daripada menganiaya atau menzalimi orang lain. Pemeriksaan haid itu tentu sekali satu penganiayaan bagi para pelajar yang mengalaminya.
Dikatakan ia berlaku terutamanya di asrama dan juga di sekolah, yang pengawas, guru dan warden meminta bukti kesan yang pelajar tidak dapat menunaikan solat dan puasa kerana haid. Amat mengejutkan ialah perbuatan pencabulan yang sudah berleluasa selama ini. Orang yang diberi amanah untuk menjaga dan mendidik anak-anak ini, sanggup meraba alat sulit pelajar untuk memeriksa jika ada memakai tuala wanita, lagi menjijikkan apabila disuruh menunjukkan tuala wanita yang dipakai, dan yang lebih dahsyat ialah digesa mencalit kemaluan, juga disuruh kencing untuk membuktikan darah. Apakah kegilaan yang berlaku sejak 20 tahun, baru sahaja didedahkan, dan mereka yang mengamalnya pun tidak sedar ia perbuatan yang melampau dan memalukan? Sungguh aneh yang ia telah menjadi kebiasaan, mereka yang mempraktikkan pula kebal dari menelitinya sebagai satu perbuatan tidak bermoral dan melanggar undang-undang. Apakah kuasa dan amanah yang diberikan menjadikan mereka taksub, hingga tidak peka menilai amalan itu sendiri satu yang buruk?
Sebaiknya guru-guru bermuafakat, meningkatkan kepimpinan agar mencari jalan yang baik untuk mendidik dan mendorong para pelajar untuk menunaikan ibadat dengan kesedaran dan kerelaan tanpa paksaan. Niat untuk mahukan pelajar menunaikan solat agar ia menjadi kebiasaan harian memanglah niat baik, tetapi memaksa dengan mencabul maruah anak-anak ini tidak akan mendorong mereka untuk lebih bergiat. Malah ia mendatangkan padah kepada anak-anak ini yang terasa terganggu dari segi mental dan fizikal, juga menonjolkan amalan akidah yang keterlaluan dan satu pencerobohan. Amalan sebegini bercanggah dengan apa yang dituntuti Islam.
Isu ini juga menjadi contoh dan membuka ruang yang perlunya ada dialog serta perbincangan untuk mencari jalan penyelesaian terbaik agar kehormatan, hak asasi dan keselamatan para pelajar dan kakitangan sekolah dapat dijaga. Isu-isu sensitif, dari segi stigma, stereotype, berat sebelah, pilih kasih, polemik dua darjat dan banyak lagi isu rumit perlu diperbincangkan agar wujudnya had-had tertentu dengan apa yang boleh dilakukan dan tidak, oleh para pendidik yang dihormati para pelajar. Perbincangan ini perlu diwujudkan di tahap sekolah, PPD, JPN dan ibu bapa agar niat baik guru-guru serta ustazah-ustazah yang menjalankan tugas, mendidik, menunjuk-ajar, menegur pelajar di bawah naungan mereka tidak melampaui batas. Kehormatan para pelajar sentiasa perlu dipelihara.
Kami menggesa Kementerian Pendidikan (KPM) agar mengambil tindakan secepat mungkin untuk memberhentikan amalan pemeriksaan haid dengan serta merta. Berikan arahan khas dan amaran kepada sekolah-sekolah dan asrama-asrama untuk melarang pemeriksaan haid dengan cara apa sekalipun. KPM tidak lagi boleh membisu, tidak peduli seolah-olah membenarkan pencabulan sebegini dibiar berlaku. Ia menimbulkan lagi kemarahan dan ketidakpuasan hati yang pelaku kesalahan masih bebas melakukannya. Ramai di kalangan golongan Hawa yang pernah mengalaminya dahulu, kian sudah matang, tampil bersuara untuk menceritakan pengalaman pahit mereka. Pengalaman mereka perlu dijadikan teladan dan siasatan utama KPM. Para pelajar yang masih di bangku sekolah perlu diperlindungi. Mereka tidak wajar dihina sebegini kerana takut, malu, taat dan patuh berdiam diri menganggapnya sebagai perkara biasa tanpa menyedari yang ia satu pencabulan yang melanggar hak asasi mereka.
Perkara penting yang ingin diketengahkan di dalam isu ini ialah, niat baik demi menegakkan akidah Islam sekali-kali tidak boleh digunapakai sebagai alasan untuk membenarkan pencabulan para pelajar oleh guru-guru atau sesiapapun. Inilah yang telah didakwa berlaku. Undang-undang dan hak asasi sentiasa perlu dipatuhi dan dihormati. Malaysia ialah negara yang mendaulatkan undang-undang, dan perlindungan hak asasi perlu dipelihara. Sebagai ahli Bangsa-Bangsa Bersatu, Malaysia membuat perjanjian dan terikat dengan Konvesyen Hak Kanak-kanak dan telah menggubal Akta Kanak-kanak 2001. Pencabulan para pelajar oleh guru-guru serta kakitangan sekolah yang didakwa terjadi di dalam isu ini merupakan satu jenayah serius di bawah Kanun Keseksaan dalam bentuk pencerobohan hak asasi para pelajar. Kami di G25 mendesak agar siasatan teliti dan lengkap dijalankan mengenai dakwaan kes-kes ini untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan, dan tindakan sewajarnya diambil, termasuk prosiding jenayah terhadap pesalah oleh pihak berkuasa yang berkenaan. KPM perlu bertindak segera.
- G25 MALAYSIA
Kenyataan Media
Mon Apr 26 2021
G25 mendesak agar siasatan teliti dan lengkap dijalankan mengenai dakwaan kes-kes ini untuk mendedahkan jenayah yang dilakukan. - Gambar hiasan/ Bernama
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Pemeriksaan datang bulan: 'Beritahu saya sekolah mana' - Radzi Jidin
"Jika ia berlaku, beritahu saya di sekolah mana, supaya tindakan boleh diambil," itu jawapan Menteri Kanan Pendidikan mengenai isu pemeriksaan haid.
KPM perlu larang sekolah, asrama buat pemeriksaan 'datang bulan' - G25
Penularan isu berkenaan dengan amalan pemeriksaan haid di sekolah sangat mengecewakan, membingungkan dan mengharukan.
'Pemeriksaan datang bulan' satu bentuk gangguan seksual - Pakar psikologi
Ini kerana tindakan tersebut merupakan perlakuan yang membabitkan organ-organ seks tanpa kerelaan.