Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bukan mudah untuk beliau melakukan rombakan Kabinet memandangkan perkara itu perlu mengambil masa selain harus mendapat persetujuan daripada semua parti komponen Pakatan Harapan (PH) termasuk rakan sekutu mereka Parti Warisan Sabah.
“Sebagai Perdana Menteri, saya harus berurusan dengan lima parti. Rombakan bukan mudah, kerana ia bukan sahaja perlu diterima kami (Parti Pribumi Bersatu Malaysia), tetapi juga parti yang lain,” kata Perdana Menteri dalam sidang media pada Selasa.
Dr Mahathir sebelum itu menghadiri Forum Integriti Bank Rakyat 2020, di sini, hari ini.
Ditanya wartawan mengenai calon potensi untuk dilantik sebagai Menteri Pendidikan menggantikan Dr Maszlee Malik yang meletak jawatan pada 3 Januari lalu, Pengerusi Bersatu itu berkata, beliau belum membuat sebarang keputusan.
"Saya belum putuskan (pengganti Dr Maszlee) apa-apa lagi," kata Dr Mahathir yang kini memangku jawatan berkenaan buat sementara seperti yang dipersetujui Jemaah Menteri.
BACA: Kalau Majlis Presiden PH nak saya pergi, saya akan pergi - Dr Mahathir
Astro Awani
Tue Jan 14 2020


Letupan di Madrid, dua maut dalam runtuhan bangunan
Sekurang-kurangnya dua maut dan beberapa yang lain cedera selepas sebuah bangunan di tengah bandar Madrid milik Gereja Katolik runtuh pada Rabu.

Joe Biden, Kamala Harris tiba di Capitol AS bagi majlis angkat sumpah
Kamala Harris dan Joe Biden dijadualkan mengangkat sumpah jawatan tidak lama lagi iaitu jam 12 tengahari waktu tempatan.

Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas Bebas mengenai darurat
Blok pembangkang bersetuju menghantar tiga nama Ahli Parlimen bagi menyertai Jawatankuasa Khas Bebas yang akan menasihati secara langsung Yang di-Pertuan Agong berhubung darurat.

ASEAN perlu ada CDC sendiri - Dr Jemilah Mahmood
Penasihat Khas kepada Perdana Menteri Malaysia mengenai Kesihatan Awam Tan Sri Dr Jemilah Mahmood menyuarakan harapannya agar negara-negara ASEAN akan memiliki CDC serantau.

AWANI Ringkas: Pembangkang setuju sertai Jawatankuasa Khas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
![[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House [TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/TranscodedFile/4717927711611153034238/1886475_31570730741611153594994_640x360.jpg)
[TERKINI] Presiden AS | Momen terakhir Trump di White House
Ikuti Luqman Hariz dan Nailah Huda untuk perkembangan terkini momen terakhir Trump di White House.

MAG terima kelulusan penting dalam usaha pelan penstrukturan semula
Pelan ini adalah merupakan strategi jangka panjang bagi memastikan syarikat ini terus bertahan dalam tempoh COVID-19 melanda dunia.

Lambaian terakhir Donald Trump sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45
Presiden Amerika Syarikat ke-45, Donald Trump menaiki pesawat untuk berangkat pulang ke Florida bersama keluarganya. Pada masa sama, Trump juga memecah tradisi apabila tidak menghadiri upacara angkat sumpah Joe Biden sebagai Presiden AS ke-46

Kedah aktifkan Pusat Kawalan Operasi Bencana bantu rakyat terjejas sepanjang PKP
Menurut Menteri Besar, Muhammad Sanusi Md Nor, ini sebagai langkah mendepani cabaran PKP2.0 dalam usaha meringankan bebanan rakyat terutama golongan B40.

Trump tinggalkan White House buat kali terakhir sebagai Presiden AS
Donald Trump meninggalkan Rumah Putih buat kali terakhir, beberapa jam sebelum Joe Biden meneruskan warisan sebagai presiden ke-46.

"Bukan mudah rombak Kabinet" - Perdana Menteri
Dr Mahathir tegaskan, bukan mudah untuk beliau melakukan rombakan Kabinet memandangkan perkara itu perlu mengambil masa selain harus mendapat persetujuan daripada semua parti komponen PH.