Skip to main content

Malaysia

Bukan perjanjian antara kerajaan, Malaysia gesa gajah DAK dibawa pulang dari Jepun

Orang Jepun sendiri sebenarnya tidak biasa melihat gajah kerana haiwan ini bukan berasal dari habitat mereka. Sebelum ini pernah ada seekor gajah bernama Cik Ubi yang dihantar ke Kyoto Zoo pada tahun 1979. Selain itu, ada juga seekor gajah Borneo yang dibawa untuk tujuan konservasi, tetapi mati pada tahun 2012.  Isu DAK ini menjadi semakin kontroversi apabila dikaitkan dengan kes sebelum ini, iaitu seekor gajah dari India yang mati akibat kemurungan selepas hidup bersendirian selama sembilan tahun sejak keh
Gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dipindahkan ke Zoo Tennoji, Osaka, Jepun melalui perjanjian B2B dengan Zoo Taiping & Night Safari pada tahun 2022. - Gambar/ FB Mazlan Zonan

PUTRAJAYA: Kerajaan menggesa tiga ekor gajah Asia iaitu Dara, Amoi dan Kelat (DAK) dibawa pulang ke Malaysia dari Jepun sekiranya pelaksanaan perjanjian sedia ada didapati tidak lagi selari dengan prinsip konservasi, kebajikan hidupan liar dan sensitiviti semasa.  

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES), Datuk Seri Arthur Joseph Kurup menjelaskan, perjanjian berkaitan pemindahan ketiga-tiga gajah itu dimeterai secara langsung antara Zoo Taiping & Night Safari dengan Zoo Tennoji, Osaka, Jepun melalui kaedah Business to Business (B2B).

Advertisement

“Kerjasama strategik antara kedua-dua zoo itu bermula menerusi dua perjanjian berasingan pada tahun 2022.

“Satu perjanjian pada 19 Mei 2022 di Taiping melibatkan seekor gajah jantan, manakala perjanjian kedua pada 6 Oktober 2022 di Osaka melibatkan dua ekor gajah betina.  

“Saya ingin menegaskan NRES bukan signatory kepada perjanjian tersebut, malah ia dimeterai di bawah pentadbiran kerajaan terdahulu.

“Namun kerajaan hari ini akan tetap bertanggungjawab menjaga kebajikan hidupan liar negara,” jelasnya dalam satu sidang media, di sini, pada Rabu.

Menurutnya, cadangan membawa pulang ketiga-tiga gajah itu wajar dipertimbangkan secara serius dan segera.

Katanya, Zoo Taiping & Night Safari digesa memulakan rundingan rasmi dengan Zoo Tennoji, Osaka bagi menilai keperluan serta mekanisme membawa pulang gajah berkenaan.

“Pada 13 April lalu, kami telah membangkitkan isu ini dalam pertemuan bersama Duta Besar Jepun ke Malaysia, Noriyuki Shikata.

“Manakala pada 21 April, NRES memanggil Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping serta pengurusan Zoo Taiping & Night Safari bagi mendapatkan penjelasan lanjut.  

“Namun sehingga ke hari ini permintaan dan cadangan kita itu gagal dipenuhi oleh kedua-dua pihak. Demikian itu, NRES berpendirian gerakan untuk membawa pulang gajah tersebut wajar dipertimbangkan secara serius,” katanya.

Tambah beliau, NRES bersedia untuk bekerjasama secara konstruktif bagi memastikan sebarang keputusan dibuat berasaskan fakta, bukti saintifik dan standard kebajikan haiwan yang diiktiraf.

“Saya berharap mereka (pihak  Zoo Taiping & Night Safari - Zoo Tennoji, Osaka) sudah membincangkan ketika perjanjian dimeterai, apakah kos dan siapa perlu menanggungnya dalam senario perjanjian dibatalkan.

“Bagaimanapun NRES dengan mengambil kira kepentingan negara dan dasar konservasi bersedia mengeluarkan dana daripada pihak kami untuk membawa pulang gajah berkenaan, jika situasi memerlukan demikian,” ujarnya.

Must Watch Video