awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukan semua artis jutawan, berniaga untuk dapatkan wang dan teruskan hidup - Adibah Noor

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
11/02/2021
04:05 MYT
Bukan semua artis jutawan, berniaga untuk dapatkan wang dan teruskan hidup - Adibah Noor
Menurut Adibah Noor, tidak ramai yang tahu bagaimana kesukaran dan kesulitan yang harus dilalui oleh selebriti dalam suasana pandemik COVID-19. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Jika ada yang berpendapat, semua penggiat seni mempunyai pendapatan yang besar serta bergelar jutawan, ada baiknya betulkan semua persepsi itu.
Ini kerana, dunia hiburan di Malaysia tidak menjanjikan pulangan yang besar kerana hakikatnya, hanya segelintir sahaja golongan penggiat seni yang berada dalam kategori jutawan.
Realiti yang berlaku dalam dunia seni tanah air ialah, sebilangan besar artis ketika ini menjalankan perniagaan bukan sebab untuk mencari kekayaan, sebaliknya hanya meneruskan kelangsungan hidup dan membiayai perbelanjaan harian.
Mendedahkan perkara itu, penyanyi, pelakon dan pengacara, Adibah Noor berkata, tidak ramai yang tahu bagaimana kesukaran dan kesulitan yang harus dilalui oleh selebriti dalam suasana pandemik COVID-19.
"Dalam musim pandemik ini, kita lihat ramai artis yang mula meniaga. Ada meniaga pakaian, makanan dan lain-lain.
"Tetapi kami buat bukan sebab nak cari kekayaan tetapi kerana itu salah satu cara untuk mendapatkan wang sementara nak dapat peluang kerja lain," katanya ketika ditemu bual dalam program Buletin AWANI pada Khamis.
Hiburan | Industri kreatif tanah air semakin nazak? - Adibah Noor
Justeru, kata penyanyi lagu Terlalu Istimewa itu, apa yang diperjuangkan anak seni ketika ini adalah peluang yang sama yang diberi kepada sektor lain, yang mula dibuka sedikit demi sedikit.
"Industri seni juga perlu diberi kelonggaran untuk kembali beroperasi, seperti industri lain. Walaupun sudah dapat lampu hijau, tetapi masih ada kekeliruan terutama sekali berkaitan SOP (prosedur operasi standard).
"SOP yang dikeluarkan ketika ini ialah penggambaran dalam studio dan ini sukar dilaksanakan bagi penggiat seni tempatan. Kami bersuara bukan sahaja untuk golongan artis tetapi juga bagi mereka yang berada di belakang tabir seperti jurumekap, jurukamera dan ramai lagi.
"Saya tidak rasa ada yang perlu dibimbangi kerana sebelum ini pun, semua penggambaran berjalan dengan SOP ketat. Semua produksi sangar menitikberatkan SOP kerana industri seni kreatif merupakan industri yang diletakkan di bawah spotlight," ujarnya
Tambah Adibah lagi, penyelesaian yang efisyen buat masa ini adalah kerajaan meluluskan semua lesen dan permit berkaitan bagi membolehkan industri itu digerakkan seperti biasa, secepat mungkin.
"Benarkan kami bekerja seperti biasa dengan SOP yang ketat. Saya juga berharap badan-badan yang ditugaskan untuk menjaga hak kebajikan penggiat seni, jalankan tugas anda," ujarnya.
Hiburan: Industri kreatif tanah air semakin nazak? - Fauziah Nawi
BACA: Kenapa anak seni selalu dipinggirkan? Semak semula SOP PKP 2.0 - Fauziah Nawi
Topic Berkaitan
#artis
#artis meniaga
#peniaga
#penggiat seni
#Jutawan
#pandemik
#kerajaan
#SOP
#kelangsungan hidup
#perbelanjaan
#kaya
#Adibah Noor
#Fauziah Nawi
#bukan semua artis jutawan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan