KUALA LUMPUR :Bukit Aman pada Jumaat mengesahkan skim pelaburan jual beli emas Gold Trading Investment adalah satu penipuan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, skim yang menjanjikan pulangan 30 peratus hingga 70 peratus itu dikesan sejak 2019.
“Modus operandi suspek memperdayakan mangsa adalah dengan menawarkan peluang pelaburan dalam Gold Trading Investment. Suspek sendiri berjumpa dengan mangsa untuk meyakinkan mangsa untuk melabur.
“Suspek juga mempunyai ejen untuk mempromosikan pelaburan ini. Mangsa kemudian telah membuat bayaran dengan memasukkan wang ke dalam nombor akaun yang diberikan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, antara nombor akaun yang diberikan kepada mangsa adalah CIMB atas penama dikenali sebagai Arma Nazirah; Zeti Amira (Maybank) dan Mazila (CIMB).
Katanya, sebanyak 15 laporan polis membabitkan kerugian lebih RM440,000 telah dibuat berkaitan skim ini dengan tiga kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau juga mengesahkan suspek utama kes berkenaan telah dituduh di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan di Mahkamah Sesyen Kajang pada Mac lalu manakala dua lagi kes masih dalam siasatan.
Katanya, polis juga menasihatkan orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan skim pelaburan tanpa sebarang surat sokongan yang menjanjikan pulangan lumayan yang meragukan.
Orang ramai juga perlu menyemak terlebih dahulu sebarang jenis pelaburan dengan sumber rasmi seperti Semak Mule, Alert List Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti dan Kementerian Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).
Raja Hisyam Raja Zaid
Fri Dec 11 2020

Suspek utama kes berkenaan telah dituduh di bawah Seksyen 137 Akta Perkhidmatan Kewangan. -Gambar hiasan

Cetak rompak: Hukuman kepada pesalah harus setimpal kerugian karya - Seniman
Hukuman pada ketika ini adakalanya terlalu rendah dan tidak berbaloi dengan kerugian ditanggung pengkarya dan krew produksi

Melaka mulakan Program Imunisasi COVID-19, Ketua Menteri individu pertama disuntik
Sulaiman antara 1,097 individu, termasuk Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan petugas barisan hadapan yang menerima suntikan dos pertama vaksin Covid-19 itu.

Vaksin COVID-19 | 32,277 sudah divaksin, 1.632 juta sudah daftar
Seramai 32,277 individu sudah diberikan dos pertama vaksin COVID-19. Menurut Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, angka berkenaan adalah sehingga jam 11.59 Isnin malam.

Politik | Perkembangan politik di Sabah
Keluar Parti Warisan, status ADUN Sebatik? Kita bersama Wakil Astro AWANI Sabah, Syahairizal Kamalul Arifin untuk perkembangan lanjut.

Cuaca Panas | Malaysia berdepan fenomena El-Nino?
Sebanyak 10 kawasan di semenanjung Malaysia merekodkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat 4.30 petang semalam. Semakan status gelombang haba di portal rasmi MetMalaysia hari ini mendapati, kawasan terbabit melibatkan empat daerah di Perak iaitu Kuala Kangsar, Kinta, Batang Padang dan Hilir Perak. Manakala tiga di Kelantan iaitu Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

75 PATI ditahan di kawasan penempatan setinggan di Tawau
75 pendatang asing tanpa izin(PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen di beberapa lokasi setinggan sekitar daerah Tawau, Sabah dalam Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Malaysia.

TH agih untung 3.1 peratus kepada 9 juta pendeposit
Agihan keuntungan bagi tahun 2020 melibatkan jumlah sebanyak RM2.24 bilion berbanding RM2.14 bilion pada tahun 2019.

Lima lagi lelaki diberkas merusuh di restoran
Polis berkas lima lagi lelaki dalam tangkapan berasingan di sekitar ibu negara pada Isnin hingga awal pagi Selasa berhubung siasatan kes merusuh di sebuah restoran di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields

Hukuman pesalah cetak rompak perlu setimpal dengan kerugian pengkarya
Menurut Presiden SENIMAN, Zed Zaidi, hukuman pada masa ini terlalu rendah dan merugikan seluruh industri serta produksi yang penat lelah menjayakan karya itu.

Malaysia catat RM164 bilion pelaburan walaupun ketika dilanda pandemik - MIDA
Sektor perkilangan mendahului dengan peningkatan 10.3 peratus dalam pelaburan yang diluluskan.

1,018 pegawai dan anggota polis Johor dikecualikan terima vaksin COVID-19
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka dikecualikan atas nasihat doktor setelah mengambil kira keadaan kesihatan masing-masing.

Persekolahan norma baharu: Ibu bapa lega SOP ketat, anak selamat di sekolah
Sesi Persekolahan bagi tahun 2021 membuka tirainya pada Isnin apabila murid prasekolah, Tahun 1 dan 2 dibenarkan ke sekolah bermula hari ini.

Tiga kartel dadah bergelar Tan Sri dan Datuk dalang utama sindiket dadah di Malaysia - Polis
Antara aktiviti perniagaan yang dimiliki individu berusia 45 tahun dan ke atas itu termasuk pengedaran kokain ke luar negara.

28 individu dan dua pemilik premis futsal dikompaun kerana tidak patuh SOP - Polis
28 individu sedang asyik bermain futsal di sebuah premis di Gombak dikompaun selepas didapati tidak mematuhi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) pada Sabtu.

Mayat dua kanak-kanak lemas di Sungai Skudai dijumpai
Mayat mangsa pertama ditemukan sekitar 14 meter dari Pusat Kawalan Operasi Bomba.

PDRM pastikan Tan Sri, Datuk Seri terlibat sindiket dadah dibawa ke muka pengadilan - KPN
Polis mengenal pasti beberapa dalang utama sindiket penyeludupan dadah di negara ini yang berselindung di sebalik status 'Tan Sri', 'Datuk Seri' dan 'Datuk'.

Tidak perlu surat rentas daerah, negeri hantar anak ke asrama - Ismail Sabri
Ibu bapa yang perlu merentas daerah atau negeri untuk menghantar anak ke asrama menjelang pembukaan sesi persekolahan nanti tidak perlu lagi mendapatkan surat kebenaran polis.

Ketua Polis Kuala Muda ketuai penerima suntikan vaksin
Seramai 680 anggota dan pegawai polis di daerah ini sudah mendaftar untuk penerimaan vaksin ini.

Suami isteri ditahan polis dera pembantu rumah warga Kemboja
Pasangan yang masing-masing berusia 50-an dan 60-an itu ditahan di kediaman mereka di Jalan Perpaduan, Kampung Baru, di sini, kira-kira jam 9.30 malam tadi.

Lima tumpuan kenyataan media PKP hari ini
Berikut tumpuan kenyataan media Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 24 Februari.