awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keputusan rayuan pendakwaan terhadap pembebasan Isa Samad ditetap 10 Feb ini
Seorang lagi ahli 'Geng Captain Praba' ditahan - Bukit Aman
Agihan fidyah jamin kebajikan rakyat di Kedah - Raja Muda Kedah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bukit Aman tubuh pasukan khas buru pembunuh L/Kpl Azuan

Bernama
Bernama
31/05/2014
00:26 MYT
Bukit Aman tubuh pasukan khas buru pembunuh L/Kpl Azuan
Bukit Aman tubuh pasukan khas buru pembunuh L/Kpl Azuan
Bukit Aman menubuhkan pasukan khas memburu penjenayah yang terbabit dalam kematian anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Lans Koperal Mohd Azuan Abdullah, Isnin lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Acryl Sani Abdullah Sani berkata pasukan itu juga mengambil alih siasatan kes yang berpunca daripada kejadian samun.
"Pasukan khas tersebut akan ambil alih siasatan untuk menahan suspek yang kita anggap sebagai ganas dan agresif ini," katanya kepada pemberita di Makmal Taktikal Polis bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Teluk Intan, di sini pada Jumaat.
Dalam kejadian 1.15 tengah hari di Batu 10 menghala Alor Pongsu, Bagan Serai itu, Mohd Azuan, 25, anggota URB Ibu Pejabat Polis Daerah Kerian maut di tempat kejadian selepas motosikalnya dirempuh dari arah belakang oleh kereta yang dipercayai dinaiki tiga penjenayah.
Mohd Azuan sebelum itu mengejar penjenayah terbabit yang dipercayai menyamun sebuah van rokok di Jalan Bagan Serai-Alor Pongsu.
Kejadian turut menyebabkan rakan setugasnya cedera parah.
Polis mengklasifikasikan kes itu sebagai kes bunuh.
Topic Berkaitan
#Mohd Azuan Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan