awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hutan Percha berpotensi dibangunkan sebagai destinasi pelancongan rekreasi
LKIM perkukuh pembangunan akuakultur, jamin bekalan ikan negara
Sabah jana RM8.74 bilion hasil pelancongan 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buktikan integriti melalui tindakan bukan sekadar cogan kata - Chandra Muzaffar

Hilal Azmi
Hilal Azmi
22/08/2015
10:47 MYT
Buktikan integriti melalui tindakan bukan sekadar cogan kata - Chandra Muzaffar
CHANDRA: Sokongan daripada masyarakat juga penting memandangkan usaha memerangi permasalahan integriti memerlukan gerakan secara kolektif.
Presiden Pergerakan Keadilan Sejagat (JUST), Dr Chandra Muzaffar menggesa semua peringkat masyarakat termasuk kepimpinan membuktikan nilai integriti menerusi tindakan mereka.
"Kepimpinan yang harus membuktikan melalui tindakannya bukan sekadar melalui cogan kata kerana ini akan membuktikan yang dia ikhlas untuk membanteras rasuah, penyelewengan dan sebagainya.
"Jangan harapkan keyakinan orang ramai jika kepimpinan tidak amanah dalam melakukan tugas.
"Selain itu, agensi yang ditugaskan untuk menjalankan tanggungjawab mereka perlu menunaikan amanah dalam soal menegakkan integriti perlu sedia membuktikan ketaatan mereka kepada prinsip, bukan kepada individu," katanya ketika ditemui Astro AWANI selepas pembentangan forum bertajuk Integrity: A Global Perspective di Ibu Pejabat JUST di sini hari ini.
Tambah beliau, sokongan daripada masyarakat juga penting memandangkan usaha memerangi permasalahan integriti memerlukan gerakan secara kolektif.
Justeru, beliau menggesa masyarakat tidak hanya mengecam mahupun membidas aktiviti rasuah, tetapi juga menyemai nilai berintegriti dalam kehidupan mereka.
"Kita boleh mengecam kegiatan rasuah, tetapi diri sendiri perlu membuktikan melalui amalan bahawa kita menghargai nilai berintegriti.
"Masyarakat secara keseluruhannya perlu lebih tegas, dan beriltizam untuk menghapuskan penyelewengan," tambahnya.
Topic Berkaitan
#Amanah
#chandra muzaffar
#integriti
#Pergerakan Keadilan Sejagat
#Rasuah
#SEJAGAT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan