awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

'Buku tokoh negarawan jadi khazanah generasi baru' - Najib

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
19/08/2015
09:46 MYT
'Buku tokoh negarawan jadi khazanah generasi baru' - Najib
NAJIB: 'Buku tokoh negarawan jadi khazanah generasi baru' - Gambar fail
Penghasilan buku sejarah tokoh-tokoh negarawan merupakan khazanah penting untuk tatapan generasi akan datang.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, buku-buku itu akan menjadi rakaman kisah sejarah yang amat bernilai untuk masyarakat negara ini.
"Saya berbangga dengan buku ini dan percaya akan menjadi khazanah yang cukup bermakna kepada masyarakat.
"Apa yang telah dilalui Tan Sri Hashim merupakan sebahagian daripada lipatan sejarah negara dan amat penting bagi kita untuk merakamkan kisah-kisah dan perjalanan kerana sejarah merupakan bahan rujukan dan asas yang cukup cukup bernilai kepada kita," katanya.
Najib berkata demikian semasa berucap pada majlis perasmian Buku 'Mission Accomplished - The Military Journey of General Tan Sri (Dr) Mohamed Hashim bin Mohd Ali (rtd) from Soldier to Leader' di sini hari ini.
Buku 'Mission Accomplished' mempunyai 134 muka surat beserta rakaman foto berkapsyen yang menyusuri perjalanan hidup Mohamed Hashim menerajui Angkatan Tentera Malaysia dari tahun 1954 sehingga 1992.
Ia mengisahkan kehidupan Mohamed Hashim sepanjang kariernya di dalam tentera sekali gus penerbitan buku itu membolehkan pengalamannya menjadi contoh kepada generasi muda negara akan sifat sebenar yang diperlukan seorang anggota tentera yang sejati.
Buku itu akan dijual di kedai buku MPH dengan harga RM100 senaskah.
Topic Berkaitan
#hashim
#najib
#tentera
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan