awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan

Radhi Muslim
Radhi Muslim
13/08/2021
02:13 MYT
Bulan Kemerdekaan: ESSCOM lancar kempen kibar Jalur Gemilang di pos keselamatan
Walaupun negara masih dalam suasana pandemik, kempen kibar Jalur Gemilang tetap diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat. - Astro AWANI
SANDAKAN: Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM) menyemarakkan semangat bulan kemerdekaan dengan kempen kibar Jalur Gemilang di pos-pos kawalan Kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZONE).
Pengagihan Jalur Gemilang itu bukan sahaja kepada petugas di pos kawalan, malah kepada masyarakat awam yang melalui kawasan berkenaan.
Sebagai permulaan pelancaran program, ESSCOM memilih pos kawalan di Pusat Pemeriksaan Jalan (RCP) Sapi Nangoh, di Beluran sebagai lokasi penyerahan dan pengagihan Jalur Gemilang yang pertama.
Pelancaran disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif ESSCOM, Jamaluddin Mohd Ali, di RCP Sapi Nangoh, pada Khamis.
"Program hari ini saya telah menyerahkan bendera kepada pasukan keselmatan yang bertugas di RCP Sapi Nangoh sempena bulan kemerdekaan sehingga 16 September iaitu Hari Malaysia.
"Pelaksanaan program ini adalah untuk menyemarakkanlah semangat patriotisme kerana dengan adanya semangat patriotisme ini, perasaan cinta kepada negara, segala perkara yang baik kepada negara itu akan berlaku,” katanya dalam sidang media di Beluran, pada Khamis.
Menurutnya, RCP itu dipilih sebagai lokasi pertama kerana ia merupakan laluan utama menghubungkan pantai timur Sabah dengan pantai barat Sabah.
Ia merupakan RCP terpenting di ESSZONE dan pihaknya ingin mengajak masyarakat di kawasan berkenaan bersama-sama mengibarkan jalur gemilang sempena bulan kemerdekaan ini.
Jelasnya, walaupun negara masih dalam suasana pandemik, kempen kibar Jalur Gemilang tetap diteruskan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ketat.
Topic Berkaitan
#Jalur Gemilang
#ESSCom
#ESSZONE
#kibar
#bulan Kemerdekaan
#RCP Sapi Nangoh
#Jamaluddin Mohd Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan