awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli: 9 pelajar didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap junior

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
05/09/2022
03:23 MYT
Buli: 9 pelajar didakwa sebabkan kecederaan parah terhadap junior
Kesemua 9 pelajar didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas seorang pelajar berusia 14 tahun di bilik asrama sebuah sekolah di Teluk Intan sekitar jam 12.30 tengah malam, 23 Jun lalu.
TELUK INTAN: Sembilan pelajar lelaki sebuah sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyebabkan cedera parah kepada seorang pelajar Tingkatan 2, Jun lalu.
Kesemua tertuduh yang berusia 17 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan serentak di hadapan Majistret Nur Faizah Mohamad Saleh, dalam prosiding yang dilakukan secara tertutup.
Mengikut kertas pertuduhan, mereka didakwa menyebabkan kecederaan parah ke atas mangsa yang berusia 14 tahun di bilik asrama lelaki sebuah sekolah di Jalan Changkat Jong, di sini, sekitar jam 12.30 tengah malam, 23 Jun lalu.
Mereka didakwa mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan, dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang membawa hukuman penjara tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azalea Sharmeen Zaizan, manakala tertuduh diwakili Peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK) S Francis.
Mahkamah kemudian membenarkan jaminan sebanyak RM2,000 setiap pelajar dan menetapkan 5 Oktober depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Ahmad Adnan Basri dilaporkan berkata, mangsa mengalami patah tulang rusuk dan melecur di bahagian belakang badan akibat ditekap dengan seterika panas.
Menurutnya, seorang lagi pelajar diberi jamin dan dijadikan saksi pendakwaan.
Terdahulu, media melaporkan kejadian dipercayai berpunca daripada perasaan cemburu selepas mangsa berbual dengan seorang pelajar perempuan yang juga teman wanita kepada seorang suspek yang membulinya.
Topic Berkaitan
#pelajar
#buli
#sekolah asrama di Teluk Intan
#ditekap dengan seterika panas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan