Buli: Dua pelajar diberi bon berkelakuan baik kerana cederakan rakan

Mahkamah menetapkan syarat tambahan agar ibu kandung pelajar terbabit menemani mereka melapor diri di Pejabat JKM sebulan sekali sepanjang tempoh bon, selaras Seksyen 93(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001. - Gambar/ Astro AWANI
SUNGAI PETANI: Dua pelajar lelaki dari sebuah sekolah menengah di daerah ini diperintahkan Mahkamah Majistret di sini menjalani hukuman bon berkelakuan baik tanpa cagaran atas kesalahan menyebabkan kecederaan rakan sekolah, Julai lalu.
Ringkasan AI
- Dua pelajar lelaki tingkatan tiga diperintahkan Mahkamah Majistret menjalani bon berkelakuan baik tanpa cagaran atas kesalahan mencederakan rakan sekolah dalam kejadian pada 21 Julai lalu.
- Mahkamah menetapkan syarat tambahan agar ibu kandung pelajar terbabit menemani mereka melapor diri di Pejabat JKM sebulan sekali sepanjang tempoh bon, selaras Seksyen 93(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
- Kedua-dua pelajar sebelum ini mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan dibenarkan jaminan RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak, susulan insiden yang menyebabkan mangsa cedera di mata dan muntah-muntah.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua pelajar itu didakwa menyebabkan kecederaan kepada seorang pelajar tingkatan empat pada jam lebih kurang 12.15 tengah hari di dewan sekolah 21 Julai lalu.
Disebabkan itu, mereka telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan di mana hukuman penjara maksimum setahun atau denda maksimum RM2,000 atau dengan kedua-duanya.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Hazwani Md Nor dan kedua-dua pelajar itu tidak diwakili peguam.
Astro AWANI sebelum ini, melaporkan dua pelajar mengaku salah atas pertuduhan yang dikenakan ke atas mereka.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan jaminan sebanyak RM1,000 sementara menunggu laporan akhlak.
Dalam kejadian sebelum ini seorang pelajar di sebuah sekolah di daerah ini cedera di mata dipercayai ditumbuk rakan sekolah sehingga menyebabkan lebam dan muntah-muntah.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


