awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RM4.42 juta SHAKAM disalur kepada pemenang Sukan SEA, Para ASEAN 2025
Lebih 9,300 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel sehingga Februari 2026
Polis tumpaskan sindiket pelaburan kripto tidak wujud di Melaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

BULI: Kes empat tahun lalu, budak singlet hitam telah dibuang sekolah

Bernama
Bernama
07/11/2014
01:26 MYT
BULI: Kes empat tahun lalu, budak singlet hitam telah dibuang sekolah
Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik
Polis sudah mengenal pasti suspek utama dalam video klip aksi buli diketuai seorang remaja lelaki memakai singlet hitam yang viral di laman sosial baru-baru ini, yang berlaku di Pontian, Johor empat tahun lalu.
Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat) ACP Asmawati Ahmad berkata hasil semakan dengan pihak sekolah berkenaan mendapati suspek utama (bersinglet hitam) telah dibuang sekolah pada Ogos 2011.
"Beberapa suspek dan mangsa lain juga sudah dikenal pasti. Bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis diterima daripada mangsa atau keluarga dan pihak sekolah turut mengesahkan tiada sebarang laporan dibuat berhubung insiden terbabit," katanya dalam satu kenyataan di sini, Khamis.
Kejadian itu direkodkan dalam sebuah klip video berdurasi empat minit 37 saat yang dimuat naik di laman sosial yang memaparkan aksi sekumpulan remaja lelaki membelasah sembilan remaja di dalam sebuah bilik dipercayai asrama sebuah sekolah.
Beliau berkata pihak sekolah turut mendakwa hanya mengetahui berhubung insiden terbabit selepas klip video mengenainya tersebar dan mendapat liputan meluas.
Sementara itu, Asmawati berkata dalam satu lagi kes yang turut tersebar, hasil siasatan polis mendapati hanya enam remaja yang terlibat memukul seorang remaja lelaki berbaju T merah di sebuah rumah anak yatim di Kangar, Perlis.
"Kejadian itu telah dilaporkan oleh pengurusan asrama kepada polis pada 6 Jun lepas dan keterangan mangsa berumur 11 tahun telah diambil.
Siasatan lanjut polis membawa kepada penahanan enam suspek berusia antara 13 hingga 15 tahun dan kes telah didakwa di Mahkamah Majistret Kangar di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan petang tadi," katanya.
Beliau turut menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat berhubung sebarang kejadian seumpama itu supaya tindakan sewajarnya dapat dilaksanakan.
"Masyarakat juga dinasihatkan untuk merujuk kepada polis jika mengesan sebarang video atau maklumat yang meragukan bagi mengelak kegusaran masyarakat akibat sebaran maklumat tidak berasas," katanya.
Topic Berkaitan
#buli
#singlet hitam
#video buli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan