awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPPP perkasa tadbir urus menerusi Pelan Strategik Pendigitalan 2026-2030
YAPEIM peruntuk RM2.7 juta bagi mangsa banjir 2025
Jabatan Keadilan AS dedah lebih 10,000 fail baharu kes Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli siber: Media sosial buat empati, jiwa manusia semakin hilang

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
14/07/2024
23:00 MYT
Buli siber: Media sosial buat empati, jiwa manusia semakin hilang
Siti Aisyah menasihatkan pengguna media sosial agar bijak dalam berkongsi maklumat, video atau gambar berbentuk peribadi ke media sosial bagi mengelakkan ia menjadi bahan pihak tidak bertanggungjawab. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Buli siber lebih menakutkan berbanding buli fizikal kerana ia tidak mempunyai batasan dan boleh berlaku setiap hari tanpa mengira waktu.
Lebih memburukkan keadaan, menurut Prof Dr Siti Aisyah Panatik, buli siber berlaku dalam situasi orang yang dibuli tidak mengenali pembulinya, membuatkan mangsa merasa terancam dan tidak berdaya untuk melawan.
“Buli siber boleh dikatakan kesan yang kekal, itu yang kita lihat baru-baru ini bagaimana seseorang pempengaruh sehingga bunuh diri akibat buli siber.
“Mesej dan hantaran yang diberi menerusi media sosial atau mana-mana platform akan kekal. Ini menimbulkan kesan jangka panjang dan meninggalkan trauma kepada mangsa,” katanya ketika muncul dalam program Fokus Minggu Depan, di Astro AWANI, pada Ahad.
Jelas Timbalan Dekan Akademik dan Hal Ehwal Pelajar, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia itu, buli siber turut menyebabkan pelanggaran privasi seperti penyebaran video atau gambar memalukan yang memberi kesan emosi yang lebih kuat kerana menjejaskan reputasi dan maruah.
Siti Aisyah berkata, apa yang berlaku hari ini ialah, pengguna media sosial sering merasakan meninggalkan komen itu sebagai satu keperluan, dengan alasan kononnya mahu bergurau atau sekadar menulis dan memberi pendapat.
“Sekiranya tak ada etika atau adab dalam menggunakan media sosial, itu yang menyebabkan gejala buli siber.
“Justeru, apa yang penting, kita sebagai pengguna kena ada rasa empati terhadap orang lain. Dengan lonjakan media sosial, salah satu kesan ialah hilangnya nilai empati sebab jiwa sebagai manusia sudah berkurangan,” ujarnya.
Justeru, Siti Aisyah menasihatkan pengguna media sosial agar bijak dalam berkongsi sebarang maklumat, video atau gambar berbentuk peribadi ke media sosial bagi mengelakkan ia menjadi bahan pihak-pihak tidak bertanggungjawab.
Mereka yang menjadi mangsa pula perlu bertindak cepat dengan membuat laporan dan menyekat akses pembuli, selain berkongsi cerita dengan keluarga bagi membantu mencari jalan keluar terbaik, tambahnya.
Topic Berkaitan
#buli siber
#media sosial
#empati
#Siti Aisyah Panatik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan