awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan

Astro Awani
Astro Awani
22/11/2024
15:14 MYT
Buli siber: OSAG gesa kerajaan seimbangkan hak dan perlindungan
OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian. - Gambar hiasan/Bernama
KUALA LUMPUR: Kumpulan Advokasi Keselamatan Dalam Talian (OSAG) menyokong penggubalan undang-undang baharu untuk memerangi buli siber dan penderaan seksual kanak-kanak.
OSAG bagaimanapun menggesa agar tiada percambahan undang-undang untuk kesalahan serupa, menyamakan liabiliti kanak-kanak dengan orang dewasa untuk kesalahan memudaratkan dalam talian, atau memperkenal semula undang-undang platform media sosial yang lapuk melalui pelesenan.
Susulan pengumuman kerajaan untuk meminda Kanun Keseksaan dan Rang Undang-undang Keselamatan Dalam Talian 2024, OSAG berkata terdapat kebimbangan mengenai beberapa penyelesaian yang dicadangkan, dan mereka kini sedang menunggu jawapan daripada Bahagian Hal Ehwal Undang-undang di bawah Jabatan Perdana Menteri (BHEUU) dan rundingan lanjut sebelum dibentangkan di Parlimen.
Justeru, OSAG mengesyorkan penubuhan suruhanjaya bebas untuk memantau dan menguatkuasakan Akta Keselamatan Dalam Talian, mengimbangi keselamatan awam dengan perlindungan hak asasi manusia.
Suruhanjaya itu, kata mereka, harus mengawal selia syarikat media sosial dan penyedia perkhidmatan internet, melindungi privasi pengguna dan kebebasan bersuara. Kerajaan juga harus memastikan keseimbangan antara melindungi kanak-kanak dan masyarakat serta hak asasi di bawah Perlembagaan dipelihara.
Topic Berkaitan
#buli siber
#Rang Undang-Undang
#kebebasan bersuara
#penderaan seksual
#Kanak-kanak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan