awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
Mohamad Hasan lakukan lawatan kerja ke AS bagi Mesyuarat Mineral Kritikal
Perpaduan bukan tentang setuju semua perkara, tetapi kewarasan sebelum emosi - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung sekolah di Kampar 'terbang' akibat angin kencang

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
08/02/2022
13:35 MYT
Bumbung sekolah di Kampar 'terbang' akibat angin kencang
Dalam perkongsian di laman Facebook SMK Methodist ACS Kampar, Perak menunjukkan sebahagian daripada bangunannya terjejas akibat angin kencang yang berlaku pada petang Isnin. - Gambar Facebook Methodist ACS Kampar
KUALA LUMPUR : Sebahagian daripada bumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist ACS Kampar, Perak rosak teruk akibat dilanda angin kencang pada petang Isnin.
Dalam perkongsian di laman Facebook sekolah itu, bumbung dilihat jatuh di perkarangan sekolah terbabit, selain bahagian atas bangunan terdedah kepada hujan dan angin kencang yang melanda.
Bagaimanapun tiada laporan kecederaan dibuat susulan kejadian tersebut.
Kejadian yang sama dilaporkan pernah berlaku pada April tahun lalu yang mana sebahagian bumbung kelas turut diterbangkan oleh angin kuat.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) semalam turut memberi amaran ribut petir melibatkan beberapa daerah di Perak.
"Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di Perak iaitu Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim.
"Ia dijangka berlaku sehingga 11 malam," katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Topic Berkaitan
#ribut kencang
#MetMalaysia
#SMK Methodist ACS Kampar
#Perak
#Kampar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan