BERA: "Harap tak hujan petang atau malam ni. Kalau tidak, basah kuyup lah kami."
Itu antara luahan Nor Azlinda Abu Kassim, 37, apabila atap bilik tidur utamanya diterbangkan angin semasa hujan lebat, petang semalam.
Menurutnya, kejadian itu berlaku sekelip mata sehingga dia tidak mampu berbuat apa-apa dan hanya keselamatan anak-anaknya menjadi keutamaannya.
"Saya sedang menyiapkan juadah berbuka. Anak-anak pun ada semuanya. Hujan lebat, angin pun kuat.
"Cuma saya tak sangka, atap bilik tidur boleh tercabut dan tercampak ke garaj. Memang terpinga-pinga saya masa tu. Habis semua basah," katanya ketika ditemui di rumahnya di Felda Triang 3, di sini.
Katanya, memandangkan suaminya tiada kerana bekerja di luar kawasan, dia dan lima anaknya terpaksa tidur berhimpit dalam bilik lain kerana bumbung rumahnya tidak lagi dibaiki.
Nor Azlinda memberitahu, semua pakaian basah termasuk baju sekolah anaknya menyebabkan salah seorang daripada anaknya tidak dapat ke sekolah hari ini.
Berikutan kejadian itu, dia menerima sumbangan daripada jabatan berkaitan bagi mengurangkan bebanan yang ditanggung namun berharap, ada pihak yang sudi membantu membaiki bumbung rumahnya.
Sementara itu, angin ribut itu turut menjejaskan bengkel milik Azrul Ismail, 33, memandangkan kawasan itu merupakan kawasan laluan angin.
Dia yang membuka bengkel bersebelahan rumahnya lega apabila rumahnya tidak mengalami sebarang kerosakan.
"Petang tu saya dah nak keluar rumah, tapi bila tengok dah mendung, jadi saya tunggu dulu. Lepas tu, hujan lebat sekali dengan angin kuat.
"Kawasan ni memang kawasan angin. Jadi bila angin kuat tu, sekejap saja bumbung bengkel saya terangkat dan tercabut, kemudian hempap pula bumbung rumah tapi mujur rumah selamat," katanya.
Pada masa yang sama, persiapan Majlis Berbuka Puasa Ihya Ramadan Peringkat Wilayah Mempaga yang diadakan di Dewan Semai Bakti di sini juga terganggu.
Ketua Peneroka, Abd Wahab Yusoff berkata, semua Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Rancangan (JKKR) Dan Getakan Persatuan Wanita (GPW) yang sedang bermesyuarat petang semalam terkejut dengan kejadian itu.
Katanya, keadaan menjadi kecoh apabila pihak katering terpaksa menyelamatkan juadah makanan yang telah siap dihidang di bawah khemah.
"Bukan sahaja hujan lebat, tapi angin kuat menyebabkan khemah terangkat. Ada juga yang cuba pegang tiang khemah tapi dihalangkan sebab kita bimbang dia akan terangkat dengan khemah.
"Bagaimanapun, keadaan terkawal. Cuma barang-barang milik katering lah rosak," katanya.
Azee Shafy
Thu Apr 14 2022

Nor Azlinda menceritakan detik-detik cemas semasa kejadian ribut semalam yang menyebabkan bumbung di bilik tidir utamanya tercabut dan tercampak. - Foto Astro AWANI

Masters Malaysia: Aaron-Wooi Yik mara, Sze Fei-Nur Izzuddin terkandas
Beregu utama negara Aaron Chia-Soh Wooi Yik memulakan kempen Masters Malaysia 2022 dengan cemerlang apabila menewaskan Akira Koga-Taichi Saito dari Jepun pada pusingan pertama hari ini.

AWANI Ringkas: Bantuan awal RM500,000 kepada mangsa banjir - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Wanita maut dijerut kabel pengecas telefon
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: Ibu maut ditikam anak
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: KPLB bina segera jambatan sementara di Kampung Iboi
Mahdzir berkata tindakan itu penting untuk memudahkan penduduk kampung untuk berulang alik ke sekolah dan masjid berdekatan.

Kerajaan pastikan harga barangan keperluan tidak bebankan rakyat - PM
Kerajaan akan memastikan kenaikan harga barangan keperluan asas di pasaran dunia akibat gangguan rantaian bekalan yang disebabkan konflik geopolitik dan perubahan iklim tidak membebankan rakyat.

Bekas Timbalan Presiden MIC, S Subramaniam meninggal dunia
Perkhabaran duka itu disahkan sendiri anak lelakinya, S. Sunther pada Selasa.

Ismail Sabri kunjungi Lapangan Terbang Istanbul Sabiha Gokcen
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengunjungi lapangan terbang Istanbul Sabiha Gokcen International Airport (ISGIA) di Turkiye.

7 terkorban, 13 lagi masih hilang dalam runtuhan salji di Itali
Angka kematian akibat runtuhan salji di utara Itali telah meningkat kepada tujuh orang setakat ini, lapor Xinhua.

Lagi insiden pesawat SpiceJet mendarat cemas, kali ini di Pakistan
Sebuah pesawat penumpang India yang dalam perjalanan dari New Delhi ke Dubai melakukan pendaratan cemas di bandar pelabuhan Karachi pada Selasa akibat masalah teknikal.

Kapal karam: 27 kru hilang, kapal terputus dua dibadai ribut
Peluang untuk menemui 27 kru kapal itu dalam keadaan selamat adalah sangat tipis namun operasi pencarian mangsa masih diteruskan.

Taufan Chaba badai Guangdong
Chaba, taufan ketiga tahun ini, membadai kawasan pantai Bandaraya Maoming di wilayah Guangdong, selatan China kira-kira 3 petang Sabtu.

26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu rosak dibadai ribut
Sebanyak 26 rumah di empat kampung di Hulu Terengganu mengalami kerosakan akibat dilanda ribut petang tadi.

DBKL siap sedia kemungkinan banjir kilat di ibu kota
METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan bagi negeri Selangor dan Kuala Lumpur.

Warga emas nyaris dihempap tangki air dalam kejadian ribut
Kejadian ribut tersebut menyaksikan hampir keseluruhan bumbung rumahnya diterbangkan angin dan kejadian itu adalah paling teruk berlaku malah disaksikan oleh mereka.

80 rumah rosak akibat ribut di beberapa tempat di Perlis sejak dua hari lepas
Jumlahnya mungkin akan bertambah berdasarkan laporan-laporan kerosakan yang masih terus diterima pihaknya sehingga kini.

Tiga kawasan di Yan dilengkapi sistem amaran awal hujan ribut
Sistem yang ditempatkan berhampiran kaki Gunung Jerai itu adalah Siren Rekreasi Seri Perigi, Siren Rekreasi Titi Hayun dan Siren Masjid Jamek Badlishah.

Amaran hujan, ribut petir pagi ini
MetMalaysia memaklumkan, hujan lebat dan ribut petir itu berlaku di beberapa negeri.

Korban akibat ribut di Kanada cecah 10 orang
Puluhan ribu penduduk terputus bekalan elektrik selepas angin kencang 120 km/j membadai Ontario.

Puting beliung: 40 cedera, 10 parah di Jerman
Puting beliung menerbangkan bumbung, menumbangkan pokok dan membuatkan serpihan terbang sejauh beberapa kilometer.