awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh

Bernama
Bernama
06/02/2025
02:00 MYT
Bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas runtuh
Beginilah keadaan bumbung Unit Hemodialisis Hospital Pasir Mas yang runtuh lewat malam tadi. - Gambar JBPM Kelantan
KOTA BHARU: Sebahagian bumbung Unit Hemodialisis di Hospital Pasir Mas runtuh dalam kejadian yang berlaku lewat malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas, Penolong Penguasa Bomba Mohd Azmi Husin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan menerusi Sistem MERS 999 pada 11.47 malam dan segera mengerahkan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas ke lokasi.
Beliau berkata, pasukannya tiba lima minit kemudian dan mendapati bumbung bangunan unit hemodialisis hospital berkenaan telah runtuh.
"Selain itu, pasukan bomba telah menjalankan penilaian keselamatan bangunan dan mendapati tiada risiko kebakaran, letupan atau pergerakan tanah di kawasan berkenaan.
"Kami juga telah menghubungi pihak Jabatan Kerja Raya untuk tindakan lanjut, manakala punca kejadian masih dalam siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#bumbung hospital runtuh
#Unit Hemodialisis
#Hospital Pasir Mas
#kemalangan jiwa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan