Golongan bumiputera khususnya kaum Melayu digesa agar tidak terlalu gelojoh menjual tanah yang dimiliki bagi memastikan pemilikan tanah golongan berkenaan tidak jatuh ke tangan pihak luar.
Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang dan mengelak golongan berkenaan 'mengemis' di tanah sendiri.
"Orang kita kalau ada benda semua nak jual. Ada tanah, sikit-sikit nak jual. Baru dapat kelulusan (pejabat tanah) hari ini, esok dah nak jual.
"Walaupun kita ada tanah yang tidak dibangunkan jangan jual," katanya pada Majlis Jamuan Hari Raya Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri di sini hari ini.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk Ishak Muhamad, Ketua Polis Pahang, Datuk Sharifuddin Ab Ghani dan barisan exco kerajaan negeri.
Adnan dalam pada itu berkata kaum bumiputera khususnya umat Islam perlu mengambil iktibar kejadian yang menimpa rakyat Palestin yang kini dizalimi dan dihalau dari tanah sendiri oleh kerajaan Israel akibat kesilapan generasi terdahulu.
Katanya penderitaan yang dialami penduduk Islam di Gaza Palestin juga berlaku akibat tiadanya perpaduan dalam kalangan umat Islam yang kini dilihat berpecah belah.
"Semangat perpaduan juga perlu terus dipupuk dan tidak berpecah belah agar kejadian sama tidak menimpa umat Islam di negara ini," katanya.
Pada majlis berkenaan Adnan turut melancarkan Tabung Hari Pahlawan dan penyerahan bendera untuk kempen Kibarkan Jalur Gemilang sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-57.
Bernama
Mon Aug 25 2014
ADNAN: Pemilikan tanah bagi golongan bumiputera penting bagi menjamin masa depan generasi akan datang - Gambar Fail
Dewan Rakyat bahas laporan RCI Batu Puteh
Azalina menegaskan penelitian terhadap penemuan dan syor-syor Suruhanjaya bukan sahaja dapat memberikan penjelasan tentang kedudukan perkara berkaitan kedaulatan negara, tetapi juga mengukuhkan komitmen bersama untuk menegakkan kepentingan negara.
Tertakluk prinsip tanggungjawab kolektif jemaah menteri
Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet kerana ia adalah tanggungjawab bersama.
Takkan langsung Dr Mahathir tiada jasa kepada negara? - MP bahas laporan RCI Batu Puteh
Takiyuddin ketika berbahas menyifatkan laporan RCI tersebut sebagai cacat kerana sebanyak 47 daripada 217 muka surat telah dipadam.
''Mengapa mereka tak bangkang atau beri pendapat?'' - Tun M
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama perlu beliau beritahu meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Dialog Tiga Penjuru: Assad Tumbang, Kemudian...?
Apa makna disebalik tumbangnya Bashar Al-Assad ketika Israel mula merampas Bukit Golan dan mengebom depot senjata di selatan Syria dan Damsyik untuk menghalang kumpulan pembangkang daripada merampasnya?
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
Apakah jaminan kestabilan sosiopolitik di Syria selepas peralihan kuasa dan bagaimana Syria yang diterajui kerajaan interim mampu mewakili kehendak rakyat yang menuntut masa depan yang lebih baik?
Dialog Tiga Penjuru, Khamis 8.30 malam
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
[INFOGRAFIK] Pulau Batu Puteh
Berikut adalah info berkenaan dengan Pulau Batu Puteh.
[TERKINI] Titah Adendum: PM anggap pihak kecam sebagai dangkal ilmu
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan pihak yang mengecam beliau berhubung isu Titah Adendum membabitkan Datuk Seri Najib Razak, sebagai dangkal ilmu.
Tinjauan udara di Terengganu
Tinjauan banjir dari udara bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia sekitar Kuala Terengganu mendapati keadaan semakin baik.
Khairul Aming sah kena E-Coli
Pempengaruh terkenal, Khairul Aming mengesahkan terkena jangkitan bakteria E-Coli sehingga terpaksa mendapatkan rawatan di sebuah hospital.
PRK: Adnan Yaakob sangkal dakwaan Pelangai tidak membangun
Bekas Menteri Besar Pahang Tan Sri Adnan Yaakob menyangkal dakwaan Barisan Nasional (BN) gagal membawa pembangunan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai.
"UMNO pun dah nak bungkus" - Adnan Yaakob
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu disifatkan sebagai petanda parti itu akan mengalami lebih banyak kekalahan selepas ini.
Adnan Yaakob terima ijazah undang-undang pada usia 72 tahun
Minat mendalam terhadap ilmu menjadi pendorong kepada bekas Menteri Besar Pahang ke-14 Tan Sri Adnan Yaakob untuk menamatkan pengajian Sarjana Muda Undang-Undang pada usia 72 tahun.
36 tahun bergelar wakil rakyat, Adnan Yaakob umum bersara
Setelah 36 tahun menabur bakti kepada rakyat, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelangai yang juga bekas Menteri Besar Pahang, Tan Sri Adnan Yaakob mengumumkan persaraannya, hari ini.
UMNO jangan sombong, bongkak dan angkuh - Perwakilan Wanita
Kemenangan Barisan Nasional di Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai bukan jaminan mutlak parti itu sudah diterima rakyat sepenuhnya.
Bumi Pahang 'menangis' sambut kepulangan Sultan Ahmad Shah
Sejak petang, cuaca mendung sebelum gerimis membasahi ruang udara Pangkalan Udara Kuantan, semasa pesawat khas yang membawa jenazah almarhum dari Pangkalan Udara TUDM Subang mendarat pada 7.25 petang.
Penyata kewangan Pahang dipinda, hutang tidak setinggi RM3.17 bilion - Adnan
Bekas menteri besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mendakwa bahawa penyata kewangan kerajaan negeri Pahang telah dipinda oleh pihak tertentu.
Sultan Pahang tunjuk perkembangan positif
Baginda juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua rakyat dan pemimpin di Pahang kerana mendoakan kesejahteraan serta kesihatan ayahanda baginda.
Penstrukturan semula PAIP kurangkan beban hutang negeri Pahang
Penstrukturan PAIP akan membolehkan hutang kerajaan negeri kepada kerajaan persekutuan dihapuskan dengan statusnya ditukar kepada geran atau peruntukan.
Hutang RM3 bil bukan sebab ketidakcekapan atau berjoli - Adnan Yaakob
Beliau berkata jumlah hutang itu dihimpunkan daripada pentadbiran menteri besar terdahulu dan tidak mudah untuk dijelaskan kerana kerajaan negeri mempunyai hasil yang terhad.