Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Moktar Radin meminta Lembaga Disiplin UMNO turun padang bagi memantau calon yang bertanding di peringkat Bahagian Kinabatangan.
Bung Moktar yang juga ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata beliau menerima aduan daripada perwakilan UMNO di Kinabatangan mengenai ugutan yang diterima mereka yang mempunyai jawatan di peringkat kampung.
Beliau berkata mengugut para perwakilan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung terutamanya ketua cawangan untuk diambil tindakan jika tidak menyokong adalah satu kesalahan dan melanggar perlembagaan parti.
"Aduan yang diterima mengatakan bahawa mana-mana ketua cawangan yang mempunyai jawatan di peringkat kampung yang tidak menyokong calon berkenaan yang bertanding di peringkat bahagian Kinabatangan ini akan diambil tindakan," katanya dalam satu kenyataan di Sandakan Khamis.
Bung Moktar kesal dengan sikap calon terbabit yang menggunakan taktik itu yang disifatkan satu perbuatan kotor dan melanggar garispanduan berkempen dalam pemilihan peringkat bahagian.
Tanpa menyatakan identiti calon terlibat, beliau berharap Lembaga Disiplin UMNO membuat pemantauan dan seterusnya mengambil tindakan terhadap calon berkenaan.
Bung Moktar yang mempertahankan jawatan ahli Majlis Tertinggi dan ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata pemantauan itu bagi memastikan tiada taktik kotor dilakukan untuk meraih undi perwakilan.
Bernama
Thu Oct 03 2013
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
#AWANIRingkas 15 Disember 2024 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 15 Disember 2024
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
1️⃣ Kereta mewah terbakar
2️⃣ PKR Pinda Perlembagaan Parti
3️⃣ WTF 2024: Tang Jie-Ee Wei muncul naib juara
#awaniringkas
Bung Mokhtar: Ada perwakilan terima ugutan
Bung Moktar yang juga ketua UMNO Bahagian Kinabatangan berkata beliau menerima aduan daripada perwakilan UMNO di Kinabatangan mengenai ugutan yang diterima mereka.